MY PROFILE
imahsolehah
org ganu kiter* lahir 27mac87* stylish,solehah, sensitif,smile,sweet..:D

Monday, August 8, 2011

Novel Fauziah Ashari

Assalamualaikum..
hai kawan-kawan peminat novel khasnya. Inilah novel kegemaranku dan jua koleksiku. Happy review ^_^




ADAPTASI OMBAK RINDU 


Mode : Sad Ending
Tajuk: Ombak Rindu
Penerbit: Alaf21
Penulis: Fauziah Ashari
Harga : RM 19.90
Halaman :576
ISBN : 983-124-029-9
*****
*imah collections

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

MyReview:
Novel ini sangat menyayat hati. Bagaimana kehidupan seorang anak selepas kematian ibubapanya?bagaimana kisah seorang wanita yang menjadi mangsa kerakusan bapa saudaranya, yang akhirnya mengundang derita dalam kehidupan bersama Hariz, sang suami yang berhati batu.

==========================================================
====================================




Mode : Happy Ending.
Tajuk: Cinta Tiada Akhirnya

Penulis: Fauziah Ashari

Penerbit: Intens Idea International Sdn Bhd

Harga: RM 22.90
*****
*imah collections


Rentetan Perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam 'Cinta....Tiada Akhirnya.

Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Inilah kisah.....CINTA .....TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.

Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, CINTA....TIADA AKHIRNYA, akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.

"...Tak Henti Hati Ini Menyebut Namamu, Tak Henti Jua Degupan Rindu Memalu Jantungku..."


Petikan dari novel:
"Sabarlah. Kami telah menemui mayat seseorang yang sukar dikenali identitinya. Daripada hasil siasatan kami, banyak kemungkinan mayat itu isteri Encik Hariz tetapi mungkin jugak bukan. Encik Hariz boleh mengecam mayat dan untuk memastikan lagi, pihak forensik akan mengambil ujian DNA ke atas mayat itu"



:

:



Hari berganti hari, minggu bertukar dan kini hampir dua bulan Hariz hidup tanpa Izzah. Keputusan positif DNA ke atas mayat itu masih menghilangkan segala semangatnya untuk hidup.


MyReview:

Citer nya suspens dan banyak scene yg menarik. Kisah Izzah juga yg seperti lurus bendul masih seperti wataknya di Ombak Rindu. Pakcik Taha muncul setelah melihat gambarnya di akhbar menjadi isteri Hariz pemilih Sufiah Holdings yg megah.
Dari situ Pakcik Taha telah memerangkap Izzah. Izzah diculik. Akhirnya Izzah terkorban di sungai.

Hariz pula mengambil Salleh adik kandungnya sebagai second man di Sufiah Holdings. Mila Amiliya xwife Hariz pula cuba menggodanya walaupun dia sendiri telah bertunang.
Semasa kehilangan Izzah, Salleh telah mengambil kesempatan ke atas HAriz dengan perancangan nya tersendiri.

Sementara itu Armand (anak Hariz dan Mila) di bela oleh keluarga sebelah Mila. Elin - adik Mila yang menjaga Armand sejak kecil mula tertarik dengan HAriz walaupun cintanya bagai bertepuk sebelah tangan. Ingatan Hariz terhadap aruah Izzah masih kental. Sehinggalah adik Hariz (Irah) membawa gambar2 gadis yg mirip Izzah ke rumahnya.

Hariz menjejak gambar gadis tersebut (Suri) ke kampungnya di Kota Tinggi. Disitulah dia bagai berjumpa semula dengan Izzahnya. Pelbagai cara dilakukan. *membacanya membuatkan kita tersenyum geli hati dengan cara2 Hariz tersebut.

Akhirnya semua rahsia terbongkar, dimana Suri merupakan kembar Izzah. Walaubagaimanapun Suri telah hilang sewaktu di kolej. Kemudian dijumpai oleh pemancing dan dibawa ke klinik. Disitu Izzah telah ditukar ke Suri kerana Izzah hilang ingatan, dan kebetulan pula keluarga Suri sedang mencari Suri, percaya Izzah tersebut adalah Suri.

Hariz akhirnya menyiasat dan mendapat semula Izzahnya.
===============================================================
======================================




Mode: Happy Ending
Title:Rindu Cintaku

Author: Fauziah Ashari

Publisher: Intens Idea International Sdn Bhd

ISBN: 983434502X

Format: Paperback

Price: RM 23.90
 *****
*imah collections

Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.

Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoaannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. NAmun membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

Andainya mampu ditebus kesilapan apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? Atau.... Nyawa?

 MyReview :
Sequel kesinambungan Ombak Rindu, Setia Menanti, Cinta Tiada Akhirnya, kali ini Fauziah Ashari mengimbas kembali kisah2 Hariz dan Izzah. Rumahtangga mereka yang sentiasa tegang, Izzah yang dari Cinta Tiada Akhirnya, hilang ingatan dibawa ke dalam kemelut dunia perniagaan Sufiah Holdings.

Hariz terumbang-ambing setelah diuji dengan masalah pejabat. Dia telah tersisih oleh Sufiah Holdings hanya disebabkan orang ketiga yang berdendam dengannya.

Dalam novel ini, watak-watak dalam Ombak Rindu muncul kembali dan membawa pembaca ke dunia kejahatan dan penuh maksiat yang tidak terfikir oleh pembaca yang tenang. Pelbagai dugaan diuji atas Hariz mahupun Izzah.

Ada juga diselitkan watak ZulFaris dalan Setia Menanti dan menjadi bos kepada Izzah. Watak Kelvin dan Roland juga termasuk dalam novel kali ini, dan mewarnai cerita ini, bergaduh, pub dan arak

Tuan Haji Hariz watak baru "Hariz" dalam hidup Izzah. Semoga kekal sinar bahagia, ketenangan dan ketenteraman dalam rumahtangga mereka.

=========================================================
==========================================



Mode: Happy Ending
Tajuk : Setia Menanti
Penulis: Fauziah Ashari

Penerbit : Intens Media
Harga : RM 19.90 ALAF21
RM 21.60 INTENS MEDIA
Halaman : 552
ISBN : 983-124-136-3



Pandang pertama telah memutikkan cinta di hati Adrina terhadap Akid Ajmal. Malangnya, lelaki itu memilih Fatihah sebagai kekasihnya. Adrina memujuk perasaannya agar melupakan lelaki itu. Bertahun-tahun dia merawat hatinya sendiri.

Tanpa disangka, takdir telah menemukan mereka semula. Akid Ajmal yang kecewa bercinta mula merindui Adrina yang masih terluka. Sejak itu dia berusaha untuk meraih cinta si gadis. Ternyata, hati Adrina memang untuk Akid Ajmal.

Setelah janji diikat, mereka bagaikan tidak sabar menanti hari bahagia untuk menyulam kasih sehidup semati. Namun, kemunculan Fatihah telah merobek kesetiaan Akid Ajmal. Malah, Akid Ajmal sanggup menikahi Fatihah yang tercela maruahnya.

Adrina benar-benar kecewa dengan permainan cinta Akid Ajmal. Dalam merawat lara, Zulfaris muncul memberikan semangat dan harapan. Tetapi, antara kasih dan belas, Adrina terjerat antara Akid Ajmal dan Zulfaris. Dengan hati yang terluka, dia harus memilih seorang daripada mereka kerana cintanya hanya satu.













Amacam kawan2, pasti kamu semua teruja nak baca dan milki semua novel nie semua kan, kan?hehehe
Tak puas ulang baca Ombak Rindu tu. Bukan sekali, bukan dua kali, entah-entah berkali-kali. haha
ok dear. setakat ni saja. take care. tata.

0 comments:

BlogUpp!