MY PROFILE
imahsolehah
org ganu kiter* lahir 27mac87* stylish,solehah, sensitif,smile,sweet..:D

Saturday, June 15, 2013

Keputusan bagi Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 56.


Selepas 3hari, inilah Keputusan bagi Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 56.

Qari:
1. Anuar bin Hasin (Perak) - 92.33%
2. Amir Rahman bin Abbas (Negeri Sembilan) - 89.67%
3. Muhammad Hafaz bin Ali (Terengganu) - 86.67%

Qari'ah:
1. Hanizah bt Jalaluddin (Pahang) - 88.37%
2. Nor Azrah bt Ayub (Johor) - 86%
3. Marziah bt Md. Deli (Kedah) - 84.64


Tahniah. JOHAN Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 2013, Ustaz Anuar Hasin. Juga merupakan Juara AQ musim kedua (tak silap saya) dan juga merupakan Tutor Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah USIM. Tidak lupa pengacara hebat, Ustaz Hariri Muhammad Daud & saudari Aishah merupakan bekas pelajar USIM. Tahniah! USIM terus maju!

"Pioneering Islamic Science, Spearheading Knowledge"


Friday, May 10, 2013

SALAM REJAB!




Esok, sabtu ni dah bulan Rejab!

اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَان
Ya Alllah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kepada kami Ramadhan.

Antara hadis palsu yang direka mengenai bulan-bulan: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”.

Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H)
(lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).
Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab
(lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

~Dr DR Maza~

MESEJ : PRINCE!!

BlogUpp!