MY PROFILE
imahsolehah
org ganu kiter* lahir 27mac87* stylish,solehah, sensitif,smile,sweet..:D

Tuesday, August 14, 2012

TIME POSE...

ENGLISH VERSI KELATE..HEHE

OH CINTA!










Cerita pertengahan 2012




salamualaik :)

* Maaf kawan2..lama tak update blog. banyak hal yang terjadi sepanjang ku meninggalkan blog ini. Berjaya & terus memburu kejayaan. Kecewa dikecewakan & bangkit semula.

* Dulu & Sekarang agak busy dgn bisness & kelas mengajar :D

* Harapanku akan datang nak sambung belajar..insyaaallah master!tapi dimana ya~hmm..papepun insyaallah ameen~Doakan daku!

* Nikah kawin?? insyaallah sampai seru & ada yang datang meminang tu yelah tu...hi3.( kan baru lepas dikecewakan, kahwin dgn master la kot.huk3 )

* 13/8 daku gagal test JPJ..alangkah "baiknya" JPJ tu...:D pulang menangis tidak, tapi makan, tido termenung . berbuka tanpa nasi! tido berlapar tapi xterasa pun. Oh my lesen daku beraya tanpamu!huk3

= = = = = = =  = = = = = = = = = = = = = = == = = = = = = == = = == = = = = =

" sedikit tazkirah untuk diriku, dirimu dan dirinya :D
suka kata-kata ini bermakna sangat!"

Wanita solehah RELA stokin kakinya BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
-Wanita solehah RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang DIJAGA daripada berendam dalam LAUTAN NERAKA.
-Wanita solehah RELA rambutnya disimpan RAPI terpelihara & TUDUNG labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutnya sehingga MENDIDIH OTAK derita.
->Wanita dicipta bukan untuk dikagumi ramai lelaki,
Tapi untuk seorang lelaki yang bernama, Suami..



Monday, April 2, 2012

cinta jangan pergi..

Aku ingin...
jatuh cinta lagi
rindunya...
pada perasaan itu
tapi apakah cinta itu sudah terkubur
Ya Allah..
hadirkan perasaan cintaku itu
aku tak ingin kehilangan perasaan itu
untuk kesekian kali.......................




Tuesday, March 27, 2012

Mini Clip Mp3 Player









Mini Clip MP3 Player -Type A

Color Available: Silver/Blue/Pink/Black/Red

RM28 (include usb cable+earphone)

You can add:
Memory card 4gb (RM20)@ Meory card 8gb (rm40)

You can change:
Normal Earphone to Any cute earphone (all bass sound) ADD RM5

Postage: RM7(Semenanjung) - RM9(Sabah/Sarawak)




SUKA & LUKA




saya gembira saya makin dewasa & tua..he2
wish me happy birthday..sanah helwah ...
semoga Allah memanjangkan usiaku dan meningkatkan amalku...
semoga jodohku semakin mendekatiku
semoga impianku semua dikabulkan Allah



saya sangat terluka.
cintanya makin hilang.
hatiku tanpa cinta dari dulu, yang dah tawar makin tawar.
menemui kehancuran. buntu.kusut.benci.
dia dah xmacam dulu. berubah 360 darjah. kerna inilah aku makin mendiam.
diamku kerna malas berbicara pedih. gaduh. tapi ternyata makin parah.
selamat tinggai si pencinta.
andai benar kamu mencintaiku carilah kembali tempat dirimu di hatiku.
hatiku dah tertutup. aku tau aku bukan makin muda.
tapi xapalah asalkan bahagia sendiri.

Sunday, March 18, 2012

sweetnya!(^_^)





A three year old walked over to a pregnant lady while waiting with his mother in the Doctors office.
He inquisitively ask the lady, "Why is your stomach so big?"
She replied, "I'm having a baby."
With big eyes, he asked," Is the baby in your stomach?"
She said," He sure is."
Then the little boy, with a puzzled look, asked, "Is it a good baby?"
She said, "Oh, yes. It's a real good baby."
WiTh an even more surprised and shocked look, he asked... "Then why did you eat him?" 

Monday, March 5, 2012

Awak suka saya ya?

awak suka saya
tapi saya tak tahu
saya harap awak bersabar
menanti kepastian
saya tak bersedia untuk jatuh cinta!maaf...

Kisah Pencuri dan Hakim yang mengharukan jiwa




Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu. Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain. Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu. ”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”. Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah. ‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya. “Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.” Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.. Kisah ini sungguh menarik dan boleh di "share" untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

Saturday, February 18, 2012

Romantik

Kata-kata yang mampu diucapkan untuk menggambarkan rasa cinta dan sayang terlalu sedikit, ibarat setitis embun di hujung daun. Demikianlah halnya dalam soal cinta dan kasih sayang antara suami isteri. Selain dari luahan kata-kata, perlu ada cara-cara lain yang tiada hadnya untuk mewujudkan suasana yang mampu menyiram pepohon cinta dan sayang agar terus subur. Di sinilah perlunya diwujudkan suasana romantik. 

Romantik, menurut yang diistilahkan dalam kamus ialah "memperlihatkan suasana penuh kasih sayang, keindahan, kemesraan..." Ia berasal dari kata 'romance' yang bererti "hubungan cinta" atau "percintaan". Ini bererti romantik berkait rapat dengan cinta iaitu sesuatu yang amat penting dalam menjalin hubungan erat suami isteri sepanjang usia perkahwinan. Suasana romantik wujud kerana wujudnya rasa cinta ini. Bila rasa cinta dan sayang antara suami isteri diperlihatkan dalam bentuk kata-kata, sikap dan tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari, tercetuslah suasana romantik. Bermakna persoalan romantik akan tetap relevan dan menjadi satu keperluan kepada pasangan sepanjang menjalin perkongsian hidup bersama. Allah berfirman yang maksudnya: "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari dirimu sendiri, supaya tenteramlah kamu kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa cinta dan sayang..." (Ar-Rum: 21) Dari ayat ini fahamlah kita bahawa rasa cinta dan sayang adalah pemberian Allah yang amat besar nilainya kepada pasangan suami isteri. Bagaimana rasa cinta dan sayang ini diperlihatkan terhadap satu sama lain, di situlah lahirnya suasana yang dikatakan romantik. 

Suami isteri yang dapat mewujudkan suasana seperti ini boleh dianggap bersifat romantik Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyebut yang maksudnya: "Kiranya seseorang itu menyintai saudaranya maka hendaklah diberitahukan kepadanya." (Abu Daud, Termizi dan Hakim) Maksud hadis ini, jika kita menyenangi seseorang jangan kita hanya menyimpan di hati, tapi luahkanlah rasa senang itu kepadanya. Ini boleh dikiaskan pada hubungan suami isteri. Oleh kerana hubungan yang unik antara dua insan ini sudah sedia diikat oleh cinta dan sayang, maka wajarlah rasa cinta-menyintai itu diucapkan. Kalaupun tidak dengan kata-kata, hendaklah dengan sikap dan tingkah laku. Ertinya, suami isteri hendaklah bersikap romantik terhadap satu sama lain. Namun begitu, romantik yang sering digambarkan di layar perak tidak semuanya berpijak di bumi nyata. 

Romantik yang dipaparkan oleh kebanyakan filem Barat terutamanya, juga banyak yang tidak sesuai dengan nilai agama dan budaya kita. Lambang-lambang dan aksi romantik yang ditonjolkan seperti berkucupan di tempat umum, makan malam di tempat eksklusif di bawah sinaran cahaya lilin, bergurau senda di taman bunga dan seumpamanya, terlalu sumbang dan canggung bagi masyarakat kita. Malah ia tidak menggambarkan suasana sebenar kehidupan berumah tangga yang dilalui oleh kebanyakan kita. Suasana romantik boleh menjadi penawar pada hubungan suami isteri bila sekali-sekala dilanda badai dugaan dan cubaan. Sedangkan lidah lagi tergigit... Maka tatkala dilanda badai, di situ juga cinta dan sayang teruji serta menagih bukti. Salah satu pihak mesti mula mengorak langkah (make the first move) untuk membaiki semula 'frekuensi' hubungan dua hala yang tergendala. Jika satu pihak sedang marah, satu pihak lagi mesti tenang (cool down) dan diam. Api kemarahan yang sedang menyala tidak boleh dilawan dengan api kemarahan juga, tapi perlu disiram dengan air kesabaran. Oleh itu, kadang-kadang romantik boleh diperlihatkan dengan cara diam dan membisu, bila dengan bersuara dirasakan akan memburukkan hubungan.

Suasana penuh kasih sayang dan kemesraan boleh wujud, umpamanya, dengan hanya sekadar si isteri memberi sedikit ciuman di pipi suami yang hendak keluar bekerja, atau suami mencium dahi isteri sebelum melangkah keluar rumah. Kadang-kadang ia hanya perlu dilahirkan dengan suami membawa pulang sedikit ole-ole dari tugasan luar daerah, atau isteri membekalkan suami haruman daun pandan yang diracik halus ketika suami hendak keluar bertugas. Ataupun dengan cara suami isteri keluar berduaan ke halaman pada larut malam ketika anak-anak telah lena. Rasulullah s.a.w. ada memberi panduan dengan kata-katanya yang bermaksud: "Beri-memberilah sesama kamu, nescaya akan saling cinta-menyintai antara kamu." (Riwayat al-Baihaqi) Pemberian suami kepada isteri, atau isteri kepada suami mungkin berupa pakaian, makanan, barang cenderamata dan sebagainya. Tapi bukan mahal atau murah, kecil atau besar pemberian itu yang akan menjalin erat rasa kasih dan sayang, sebaliknya tanda ingatan dan tanda sayang yang terpancar pada pemberian itu sendiri. Pendek kata, untuk mewujudkan suasana romantik dalam rumah tangga, kita dan pasangan kita bebas memperlihatkan atau melahirkan rasa cinta melalui apa cara pun, asalkan ia bakal membahagiakan pasangan kita dan memperlihatkan rasa kasih kita kepadanya. Caranya terpulang pada kesesuaian dan citarasa masing-masing. Ada yang suka dengan cara bermanja-manja atau sentimental, tapi ada yang suka cara berterus-terang dan terus pada maksud (straight forward). Lain orang, lain cara dan gayanya. Asalkan batas syariat dan akhlak dijaga. Maruah dan kehormatan dipelihara. 

 SENDAL 1: "Dalam Islam perkataan romantik sebenarnya tidak wujud. Ini kerana perkataan romantik atau romance itu berasal dari perkataan Latin yang pada asalnya lebih banyak menceritakan kisah-kisah indah, alam fantasi dan juga fairy tales. Namun ia tetap boleh diserapkan sebagai melengkapkan lagi kehidupan kita mengikut konsep yang dianjurkan oleh Islam," ulas Dr. Mashitah Ibrahim, pensyarah dan Pembantu Profesor di Kuliyyah Ilmu Wahyu, UIA kepada wartawan majalah Anis. "Dalam Islam romantik lebih kepada satu daya cipta yang kita lahirkan melalui perlakuan-perlakuan yang menampakkan sebagai tanda kasihnya seseorang kepada temannya. Bagaimanapun, masih ramai di kalangan masyarakat kita yang tidak mengetahui konsep ini." Menurut beliau, romantik dalam Islam terhad kepada pasangan yang sudah berkahwin sahaja iaitu mereka yang telah mempunyai hubungan yang halal. "Inilah yang membezakan konsep romantik Islam dan konsep romantik Barat. Di Barat, mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa apa-apa batasan. Sebaliknya dalam Islam, mereka perlu mempunyai tiket terlebih dahulu sebelum konsep romantik itu dapat dihayati sepenuhnya." Menurutnya lagi, konsep romantik dalam Islam merupakan satu perkara yang kekal dan tetap iaitu hubungan yang terjalin itu akan terus membawa ke jinjang pelamin. Oleh itu, tidak wujud konsep cinta monyet, cinta suka-suka dan sebagainya. Ini kerana perhubungan sebegini hanya cenderung untuk memuaskan nafsu semata-mata dan tidak berkekalan. 

 SENDAL 2: Romantik Siti Khadijah. Mungkin kisah romantik paling agung ialah antara Rasulullah dan isterinya Siti Khadijah r.ha. Ketika Rasulullah pulang ke rumah dengan mengalami keadaan yang luar biasa selepas menerima wahyu pertama, Siti Khadijah menyelimutinya. Siti Khadijah duduk di sebelah baginda dan meluahkan bait-bait kata yang lunak dan mententeramkan. Rasulullah tidak pula merahsiakan pengalamannya di Gua Hira' itu, tetapi bersikap terbuka menceritakan detik-detik mencemaskan yang dialaminya. Sikap terbuka dan tawaduk Rasulullah serta sifat keibuan Siti Khadijah telah melahirkan suasana yang boleh dianggap begitu romantik ketika itu. Tidak hairanlah Rasulullah masih tetap mengenang Siti Khadijah setelah Siti Khadijah lama pergi. 

 SENDAL 3: Romantik Sayidina Umar. Kadang-kadang rasa cinta dan sayang diperlihatkan dengan cara yang unik. Sayidina Umar al-Khattab, sewaktu dibebeli isterinya pada satu ketika, hanya membisu dan tidak membalas sepatah pun. Paling-paling beliau hanya tersenyum. Bila diselidiki oleh seorang Sahabat, ternyata itulah cara Sayidina Umar menghargai layanan dan khidmat bakti isterinya yang begitu setia serta telah sekian lama bersusah payah menguruskan rumah tangganya. Diam beliau adalah diam tanda sayang. Itu merupakan romantik cara Sayidina Umar. Dibiarkannya isterinya membebel untuk meluahkan perasaannya. Bebelan isterinya juga adalah bebelan sayang, bukan marah-marah yang menjatuhkan maruah dan tidak sampai ke tahap derhaka pada suami.

TAK DA APA APA SEORANG IBU

 Di sebalik tidak ada apa-apa. Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cubadapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami. "Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check" katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu. Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?" "Tak ada apa-apa". "Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini" Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab, "Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat denganTuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya menghadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berhat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama". "Sabri tahu Sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau. Airmata sudah membasahi pipi". "Tak ada apa-apa" tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali. Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang" Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu ingat arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk. Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa. Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri kan berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya.Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang. Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yang terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat. Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. "Sabri, bulan depan telefon saya" Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang ke kampung.Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon. "Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya" Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memohon ampun dan maaaf di atas segala silapnya selama ini. "Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata 'orang tua bodoh, tak ada otak!'.." Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya denga peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak diampunkan. Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul. "..dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibubapa..sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya." An-Nisa':36 "And not equal are the blind and those who see, nor are equal those who believe, and do righteous good deeds, and those who do evil. Little do you remember! Quran(24:58).."

 

Sunday, February 5, 2012

shopping buku lagi!

Salam semua..
i addict dengan chocolate!
ohh my!
so semalam first time imah beli buku recipe ok!
juz beli CHOCOLATE & CHICKEN SOUP ROMANTIC SOUL dulu la
pic kat bawah antara yang ima admire it, mintak abang duit dua ratus baru dapat nak beli sume ni.haha.

RM22




SALE RM28
MPH PRICE RM45!
< it's mine >

SALE RM25 . MPH RM48.90!
< it's mine >


ONLY RM55.HARDCOVER.
MPH PRICE RM118.50






  oh tetiba jatuh cinta pada semua chicken soup series!harap sangat dapat miliki satu hari nanti..sapa nak bagi gift pun okay.hehehe.
sekian...

Apabila aku dicintai ...



cinta tak semestinya memiliki
apabila kita dicintai tetapi kita tidak dapat mencintai dia pasti pedih hati yang mencintai kita itu.
dan aku tak mampu menjanjikan apa-apa.maafkan daku.

PS ima : yeahhh this is mine..
i need more time to become in love with u..
understand me plzz..thanks!

Maulud Nabi s.a.w

salam maulidurrasul 1433H 
Daku rindu padamu ya Rasulullah ♥
Sanah helwah ya Rasulullah SAW... Allahumma solli a'la habibina Muhammad...


Tema kita pada tahun ini ialah Persefahaman Asas Perpaduan Ummah...
Ayuh kawan2 mari kita semarakkan cinta kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihiwa Sallam... setiap hari setiap masa dan ketika..
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (surah al-Ahzaab, 33: 21)


Ikan Bawal masak kari
Makan malam bersama keluarga
Berselawat kita setiap hari
Dapat syafaat mudahlah ke syurga

Air laut biasanya dalam
Hidup ikan berbagai jenis
Ikut jemaah menguatkan Islam
Bila berjuang terasa manis

Bulan Islam ada dua belas
Bulan Rabiulawal bulan ketiga
Dalam berjuang mestilah ikhlas
Terbuka luas pintu syurga

Warga emas makan kanji
Mudah bila berbuka puasa
Pemimpin sekulat suka berjanji
Membela rakyat sebelum berkuasa

Cincin emas cincin suasa
Boleh dibeli di kedai emas
Berlaku zalim bila berkuasa
Di Laut Merah Firaun lemas

Isi rambutan dalam guni
Bawa ke pasar untuk dijual
Mari wujudkan masyarakat madani
Baru kos hidup tak mahal

Satu, dua, tiga empat
Kedengaran suara dari Pasti
Berselawatlah dimana-mana tempat
Perjuangan nabi tetap dihayati

PS ima : selamat bercuti sekolah! ceriakan hari anda
jom amalkan selawat ke atas Nabi s.a.w selalu!:D
Allah selected a human being, the Prophet Muhammad, to be an Example for Mankind. A Comprehensive Example. Learn from him. Comprehensively.
- Mohd Rizal Hassan, 2012


BlogUpp!