MY PROFILE
imahsolehah
org ganu kiter* lahir 27mac87* stylish,solehah, sensitif,smile,sweet..:D

Monday, August 8, 2011

Novel Bikash Nur Idris

Salam semua.
imah sangat meminati novel bikashnuridris. Percaya atau x, novel Ria Qistina, Sukma Rindu dan Ombak Rindu mula-mula imah miliki semasa di bangku sekolah. Wow kenangan tu. Novel kak Bikash santai & cool je bebeh. So what, xheranlah imah ada koleksi buku dia sejak skool lagik. Nway, skang je banyak kali miss. Nanti kene qada' beli la. hehehe. Kawan-kawan peminat novel yang tercayang, kamu orang bleh la survey disini novel yang terbaik antara yang terbaik kan. ^_^


Tajuk : Ria Qistina
Penerbit : Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. (2005)
Penulis : Bikash Nur Idris
Harga : RM 15.00
Halaman : 416
ISBN : 983-124-130-4
*****
Mode : Happy Ending
*imah collections

Cinta sememangnya wujud dalam diri setiap insan. Sesekali akal waras manusia lupa akan hakikat itu. Semuanya kerana dendam, sakit hati dan benci akan kenyataan yang terpaksa dilalui.
Ria Qistina seorang remaja tomboy yang telah kehilangan kasih sayang daripada keluarganya sejak kecil lagi. Pengalaman pahit yang pernah dilalui menghambatnya ke dunia ciptaan sendiri. Dendam membuatkan Qistina membenci cinta dan kasih-sayang seorang lelaki. Baginya, cinta itu pemusnah dan pembunuh kehidupannya. Seboleh mungkin, dia ingin menjauhkan diri dari perasaan itu. Namun, kemunculan Fadzli sekali lagi menambah deritanya. Salahkah seseorang itu andai mengorbankan cinta demi kasih pada ibu tercinta? Wajarkah dia menurut kata hatinya sendiri?
Kehadiran Zarif mengundang kekeliruan dalam diri Qistina. Zarif dengan egonya, Qistina bersama dendamnya terhadap cinta lelaki. Keduanya dipertemukan tanpa dirancang. Mampukah mereka berubah? Apakah Qistina akur dengan hakikat 'setiap manusia sememangnya dilahirkan dan dianugerahkan dengan perasaan cinta?'

Sedikit Sedutan:
Qistina menyentuh lembut wajahnya. Mata, hidung, bibir... semua ada! Lubang hidung pun ada. dia melihat wajah kacak itu tanpa berkelip.
'Yes, I'm waiting. boleh kenalkan diri awak?"
Qistina mendengus. Kalau ya pun tunggu aku memperkenalkan diri, tak payahlah tenung aku sampai nak terkeluar biji mata. Dia bingkas berdiri.
"Ria Qistina Umar." Lantan terus duduk tanpa menantikan arahan guru muda tersebut.
"Ria Qistina?"
Cikgu Zarif merenung wajah itu. Qistina diperhatikannya dari atas ke bawah. Dia mengangkat kening. Seolah-olah hairan.
Qistina masih tak lepas memandang wajah Cikgu Zarif. "Cikgu ada masalah dengan nama saya?"
Sememangnya ramai yang akan menayang muka pelik mendengar namanya. Tapi untuknya, ia tidak pelik kerana nama itu adalah pilihan orang tuanya. Nama yang cukup simbolik, dan lain dari yang lain.
"Ria Qistina? Nama yang unik, seunik orangnya."
Unik? Nampaknya aku bertemu lagi dengan Cikgu Liana dalam diri kau. Hai, kenapalah guru akaun sentiasa ada masalah dengan aku? Asyik tak ngam aje. Dulu, Cikgu Liana dah aku halau dengan seekor lipas, lelaki ini macam mana pulak aku nak buat? Qistina menggigit bibir.


======================================================================
=======================================

 


Mode: Happy Ending

Tajuk :Kau Sayangku
Penerbit: 

Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. (2005)
Penulis : Bikash Nur Idris

Harga : RM17

Halaman : 
ISBN: 9831242068  
*****
*imah collections


Kau Sayangku mengisahkan seorang gadis yang pada zahirnya seorang yang periang, tapi di sebalik gelak ketawa, senda guraunya, tersimpan satu kisah yang agak pahit untuk ditelan. Adik kembarnya telah pergi bersama cinta yang tidak kesampaian dan keluarganya telah dibenci oleh ibu saudaranya sendiri.
Kehadiran Eddy Sham dan Akif Zamani telah mengocak jiwa remaja Arisa. Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menarik dan berkarisma. Mereka mempunyai impian yang sama iaitu ingin memberi dan menerima cinta. Tapi sayang... satu hati hanya berhak untuk satu jiwa. Lantaran, Eddy Sham terpaksa mengalah dan membiarkan Akif zamani meraikan kemenangan cintanya. Sayang sekali... di saat cinta sampai ke puncak, sesuatu yang tidak diingini terjadi.
Redakah Akif menerimanya? Berjayakah Arisa mempertahankan cinta sedangkan nasib cintanya di tangan orang lain?
=====================================================================
=========================================================


Cinta Datang Lagi
Penulis: Bikash Nur Idris
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789831244807
Harga : RM17.00
sabah/sarawak: RM20.00
Halaman : 440 mukasurat
ISBN: 9789831244807 
***

Mode: Happy Ending

imah collections


"Tak mungkin kuingkari suara hati yang membisik namamu"

Cinta bukan sekadar ungkapan kata-kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan untuk orang yang dicintai. Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sebagai isteri.
Bukan Raisya seorang yang kecewa. Fariz juga turut terluka bila Shereen, gadis pujaannya menjadi milik lelaki lain. Yang anehnya… mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas kekasih masing-masing dalam majlis yang sama. Satu kebetulan yang kemudiannya mendorongkan dua hati yang derita ini menjadi akrab.
Tetapi Raisya sering menjauh kerana takut dikecewakan lagi. Fariz pula tak jemu memujuk, kononnya cinta sejati akan datang sekali lagi. Di saat Raisya menyerahkan hatinya kepada Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki itu mendekatinya untuk memiliki Shereen semula. Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya perngorbanan cinta?
Namun, bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah terpaut pada Raisya sejak pertemuan pertama mereka. Tapi dapatkah dia meyakinkan Raisya bahawa cinta mereka ada penghujungnya?

==================================================================
======================================



Mode: Happy Ending

Tajuk : Sambutlah Cintaku
Penerbit : Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. (2009)
Penulis : Bikash Nur Idris

Harga : RM11

Halaman :
ISBN: 



Pertama kali bertemu Aiman, Datul menganggap lelaki itu tidak sesuai memegang jawatan sebagai pengarah urusan di Iman Holding, syarikat milik ayahnya.

Di pejabat, mereka sering tidak sependapat dalam tugas. Kata mengata dan benci-membenci merupakan senjata untuk mereka bersengketa. Akhirnya, tanpa diduga, Aiman cintakan Datul dan Datul rindukan Aiman. Masalah timbul bila Amir juga jatuh hati pada Datul tanpa mengetahui gadis itu adalah kekasih abangnya. Aiman bersedia mengundur diri untuk kebahagiaan adiknya. Tapi cinta Datul tidak mungkin ditukar ganti.

Atas desakan keluarga, perkahwinan Aiman dan Datul dilangsungkan. Aiman bertindak menjauhkan diri dari Datul kerana rasa bersalah melukakan perasaan Amir. Sebagai isteri, Datul tertekan dengan sikap Aiman dan bertindak membawa diri.

=====================================================================
==========================================




Mode: Happy Ending
Tajuk : Atas Nama Cinta
Penerbit : Terbitan Fajar Pakeer (2011)
Penulis : Bikash Nur Idris
Harga :20.90 (s&s RM23.90)
Halaman : 686
ISBN: 978-983-3880-06-5
***
imah collections

"Cinta ibarat berlian yang mempunyai benih faset. Jernih atau kaburnya, bergantung kepada penggosoknya."



Genelia hanya mahu jauh daripada keluarga, demi cinta. Hafidz hanya mahu jauh dari curiga, demi sahabat. Lalu mereka melakukan perkara yang serupa, berbohong. Dan pembohongan itu mendengkam hati mereka lantas dengan nama cinta mereka sama berikrar, mahu mencipta kenangan demi dibawa bersama. Hanya satu masalah yang timbul. Kenangan akan mengejar lalu mereka menjadi tamak, mahu memiliki cinta sepeuhnya.

==============================================================
=================================

oke tu saje. Apakata kamu semua pun miliki novel kak Bikash pada hari ini jugak. Sure besh punyer. hehe.
take care dear. tatata.

0 comments:

BlogUpp!