MY PROFILE
imahsolehah
org ganu kiter* lahir 27mac87* stylish,solehah, sensitif,smile,sweet..:D

Thursday, August 11, 2011

Novel Anis Ayuni

Assalamualaikum 
Salam Manisnya Cinta. hehee
haa ni ada koleksi Novel Anis Ayuni. Sapa suke sila angkat kaki. muehehe.
ok jom cuci mata deh. (o_o)


Tajuk: Manisnya Cinta
Penulis:  Anis Ayuni
Penerbit:
Harga:RM12.00
Halaman: 368
ISBN : 983-124-059-1
*****
Mode:  Happy Ending
*ingin memilkinya, best!

APAKAH nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?

Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!

Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?

Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?

Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.

MyReview:
Seronok baca buku ni, macam di awang-awangan. Seolah-olah membaca dairi kisah cinta yg baru nak berputik. Kisah Ifti yang selalu menafikan rasa cinta dihatinya. Terlalu 'protective' disebabkan pengalaman kisah kakaknya yg meninggal dunia.
Ingin imah milki buku ini satu masa nanti walaupun dah baca! besh dan angau! haha.

================================================================
===============================================

Tajuk: Gemersik Kalbu
Penulis: Anis Ayuni
Penerbit:
Harga : RM 18.00
Halaman :592
ISBN : 983-124-187-8
***
Mode: Happy Ending
*imah collections

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu.
Di manakah titik pertemuan mereka?


MyReview:
Kisah Cikgu-cikgu, best juga menyelami pekerjaan perguruan, best jadi cikgu sekolah rendah lagi. Macam mereka ni cikgu sekolah menengah lagi hebat dugaan dan cabaran.
Kisah cinta pertama yang tidak dapat dilenyapkan dari hati cikgu raihana walaupun cinta pertama terkubur. Pemergian si dia menjadi igauan hingga datangya insan yang sudi menyayangi. Takdir Allah tidak dapat dihalang, itulah qada' dan qadar. Manusia mesti menerimanya dan cuba untuk menghadapi hari mendatang dengan tabah dan sabar.

Jalan cerita memang menyeronokkan. Buku ni sepupu yang perkenalkan. Thanks dear Nadiah. muaha. hehe. 

=================================================================
=====================================



Tajuk: Kau Kekasihku
Penulis:  Aisya Sofea
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM
Halaman: 
ISBN :
*****
*belum dibaca

Hadirmu bagai sinar mentari pagi. Menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini kulalui. Melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjara jiwaku dalam sepi. Terasa kini, bahagia ada di mana-mana. Hanya dirimu yang bertakhta di hati.

Pandanglah ke dalam mataku... selamilah jauh hingga ke dasarnya. Pasti yang akan kau lihat adalah rinduku terhadapmu. Tapi, apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku saja yang merasakannya? Zairi... hatimu sebenarnya untuk siapa? Mengapa kau terus membisu pada ketika aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri? Aku tahu cintaku berbalas, tapi mengapa tak pernah sekalipun kau melafazkannya?

Aku tahu perkahwinan bukan janji syurga... bukan janji bahagia, tapi sepenuh hati dan jiwa aku pertaruhkan. Aku sangka kita berkongsi impian yang serupa dalam membina istana bahagia, tapi rupa-rupanya kehadiranku bagai tak bermakna apa-apa. Reaksimu dingin dan beku. Menghampakan. Melontar diriku ke lembah duka nestapa.

Sungguh kesucianku tak tercela, tapi... aku difitnah oleh siapa sehingga kau tak mahu 'menyentuhku'? Aku ibarat musafir di padang pasir yang dahagakan setitis kasihmu. Menanti saat kau datang kepadaku dengan penuh rindu. Zairi... mengapa hubungan kita aneh begini? Aku tak mengerti, sandiwaramu. Rahsia apakah yang cuba kau sembunyikan hingga segalanya terus terpendam menjadi misteri?

Ah, lelaki... apakah sememangnya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan? Dan perempuan pula, selama mana harus membiarkan hati terus terluka?

"Dhira percayalah... cuma kematian yang akan memisahkan kita berdua. I love you so very much. Hanya kau kekasihku..."

==========================================================
====================================


Novel kak Anis Ayuni selalu meletop taw. Nanti ada masa imah review novel2 best tu yer. hehe.

0 comments:

BlogUpp!