MY PROFILE
imahsolehah
org ganu kiter* lahir 27mac87* stylish,solehah, sensitif,smile,sweet..:D

Saturday, August 6, 2011

PENGALAMAN TEMUDUGA


Jawatan:  Pegawai Hal Ehwal Islam S41

Tempat:  Tingkat 7,Wisma Negeri
Pejabat Suruhanjaya Negeri

Tarikh: 03-Ogos-2011
Masa : 8.30-10.30pagi
Calon : No.4 di bilik 2
Penemuduga : Ustaz & Hajah Shamsiah

Allah berdebarnya hati menunggu loceng masuk bilik temuduga berdering, Allah sahaja Yang Tahu saat itu hati dah tak keruan..:( menanti didepan pintu dengan penuh debaran diiringi Surah al-Fatihah, dan selawat juga doa.
Akhirnya, loceng bordering nyaring sekencang hatiku.

Ketuk pintu, tetapi tak bersuara.
Nasib baik ada Hamizah, my faculty student. Syukran dear, “Masuk dan bagi salam lah”
“Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh”
Buka je pintu nampak Tuan dan Puan.
Tuan Pengerusi meminta fail dan suruh duduk, "Terima Kasih"
Tuan: “Nama kite sape?”

Imah: aik,kite? "nama Fatimah Binti Mohamad"
Tuan: "alamat kite mane?"
Imah: “alamat Bukit Gasing”
Tuan: "duduk mane?"
Imah : “Duduk batu burok,belakang Smaasza”
Tuan: “Asal mane? nape alamat bukit gasing?”
Imah; jenuh deh nk explain nape alamat ic,surat menyurat dan duduk berbeza2.
"Duduk Batu Burok, Bukit Gasing alamat surat-menyurat,sekoloh pasir panjang dan membesar di pasir panjang. Sebelum ni duduk Kota Bharu, kg mak. Lani balik ngaja sk tok dir,duk tganu lah."
Tuan: "oo..sekoloh mane PMR?
SPM, STAM, dan UNVCT?"
Imah: “Sk Khairiah, Smaasza(Sultan Zainal Abidin Atas)”
Tuan: “lani kite watpe?”
Imah : “guru ganti di sk Tok dir,Kuala Terengganu”
Puan: “dulu sekoloh terlibat dgn aktiviti dan kurusus ape”
Imah: “antaranya ahli Pertahanan Awam Malaysia, Persatuan Bahasa Arab, Badan Beruniform Puteri Islam Malaysia, juga Kelab Islam Hadhari USIM.”
Puan: “oo awak usim”
Imah: “ya,Unvct Sains Islam Malaysia”
Puan: “lagi kursus mende awak gi?”
Imah: “Kursus Literasi Komputer, Kursus Web dan Pemasaran Promosi, 
Puan: "Lagi? xingat? Kursus Motivasi?"
Imah: “Menuju Puncak..sebagai peserta”
Puan: “oke,awak kos fatwa jadi nak tanya pasal fatwa lah. Awak tahu dok kumpulan al-Arqam, camne fatwa?”
Imah: “Kumpulan al-Arqam diharamkan,kerana dikategorikan sebagai kumpulan ajaran sesat..”
Puan: “oo gitu eh.,oke awak tahu dok isu baru ni,kes Terengganu,tukar jantina,namenya Ashraf?”
Imah : “isu tu..em dok bace..”
Puan: “doh awak bace suratkhabar dop?”
Imah: “bace,tapi kadang miss lah..(ayok tersyasyul bahasa Inggeris.huhu)”
Puan: “doh nak pengurusan jenazah camne?”
Imah : “em.,hukum die balik asal lah..die laki,jadi kene tanam ikut jantina asal,nama pn ikut ic ashraf kan.
.
Puan: “doh awak minat dok keje pejabat?keje mende eh?”
Imah: “minat la keje nie,lagipun saya pernah praktikal di JAHEAIK, Jabatan Agama Hal Ehwal Islam di Kelantan ,bahagian Dakwah..
Puan: “doh awak dapat mende sepanjang praktikal situ”
Imah : “banyak,antaranya. Mengadakan kursus-kursus utk para Mualaf, Membuat kebajikan menziarahi pesakit di hospital, Menyediakan pamphlet, dan bahan slide presentation utk ustz berceramah.”
Puan: ”doh awak wat sume tu?tajuk mende slide awk wat?”
Imah: “saya terlibat lah..slide pasal isu Rasuah.Tauhid,Aqidah.dan saya juga dilatih memberi ceramah dengan menggantikan ustz.di Pusat Pemulihan Akhlak di Bachok(memang tak ingat,Puan cube recall dangan menyebut Jabatan,Pusat WanitaJ.”
Puan: “doh awka ceramah tajuk mende?nak dengar seminit bleh ustaz?”
Imah : “tajuk pasal isu masalah hati. Oke,

Assalamualaikum w.b.t


قال رب اشرح لي صجري ويسراي أمري....
Sidang hadirin,tuan dan puan yang dihormati sekalian
Alhamdulillah,hari ini kita akan membicarakan isu masalah hati
Sepertimana yang kita ketahui hati adalah wadah utk menerima kebaikan dan keburukan.
Hati menjadi punca kepada masalah sosial umat Islam pada hari ini.
Di antara usaha2 untuk mengatasi masalah hati ialah memperbanyakkan ibadah kepada Allah dengan berzikrullah dan mendekatkan diri kepada Allah.Bla bla bla xingat point dan blur
Tuan : "cukuplah ustzh dop?sambil tersenyum.."(Alhamdulillah)
Puan: "oke,awak tahu dok Majlis Fatwa Kebangsaan?apa peranannya?"
Imah: "ayok,imah lupe lorh.goreng2.huwa2.(saya cube ye, Majlis Fatwa Kebangsaan berperanan sebagai tempat rujukan dan penyelidikan isu-isu fatwa terkini, juga menyelesaikan masalah fatwa peringkat Negara(dibetulkan puan: “Kebangsaan dan penyelarasan”)..ya,peringkat Kebangsaan dan penyelarasan bagi semua negeri."
Tuan: "oke,cukuplah"
Imah: "dah ke?bagai xcaye pulak.hehe"
Tuan: "ke ade mende awak nk cakap lagi,nk berucap ke?"
Imah: "oke,Alhamdulillah terima kasih kpd Tuan dan Puan kerana member saya pelunag utk ditemuduga hari ini,utk jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam..insyaallah jumpe lagi."
Tuan: "assalamualaikum wbt"
Imah: "waalaikumussalam wbt"
Tuan: "amik fail ni,.dah awak balik bile Bukit Gasing?sambil senyum"
Imah: "ade ganu balik ar..lagipun Tok ng Toki ade agi..die duk ngn anak die n cucu die.."
*Alhamdulillah,Alhamdulillah soalan agak mudah,dan penemuduga pun cool je..:)
*Kawan-kawan imah ditanya  bagai.Terutamanya bilik 1,dia tanya macam2..
Calon 1: Bace kitab bariskan dan I’rab, terjemah teks English, hafaz Surah sebagai Imam,taaruf bahasa Arab, Pesuruhjaya
Calon 2(Fathiliah): Hj. Khazan Che Mat,Rukun Negara

Calon 5(Hamizah): baca kitab Taharah dan terjemah Matlubatan merujuk?teks English, nama penuh permasuri,motto negeri Terengganu.
KOLEKSI SOALAN BILIK 1: Tafsir ayat Quran,terjemah Kitab Arab,terjemah teks English,
Seri Paduka Baginda YDPA Sultan Mizan Zainal Abidin Al-Watiqhu Billah Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktaffi Billah Shah, Sultanah permaisuri Zaharah,pemangku sultan (Tuanku Muhammad…)ramai xingat 
full name dorang.

KOLEKSI SOALAN BILIK 2:
Bilik 2:
Calon 1: pemenang Tarannum Kebangsaan, sapa Wakil Agama dari Pejabat Perdana Menteri.jd ahli dia:)
Calon 3: pasal diri banyak






Friday, August 5, 2011

Lelaki Tukar Jantina Meninggal







Luahan Hati Ashraf

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang gagal menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana selepas ditolak Mahkamah Tinggi di sini kelmarin, mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya, tetapi tidak akan patah semangat untuk terus memperjuangkan hasratnya itu.

Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak, Mohd Ashraf yang lebih mesra dipanggil Aleesha berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, beliau rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.

“Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi. Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman,” katanya dalam satu pertemuan di sini, semalam sambil ditemani ibu bapanya.

Mohd Ashraf membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi pada 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.

Menceritakan punca permohonannya ditolak, beliau mengakui tidak mendapat bantuan perundangan yang kukuh ketika mengemukakan permohonan, malah ketika peguam Horley Isaacs menawarkan diri membantu, pendengaran kes itu sudah sampai penghujungnya.

Apa perasaan ibu bapa Ashraf?

 “Jika kematian adalah penyelesaian, tolonglah ambil nyawanya, tapi (sebelum itu) ambil nyawa saya dan suami dulu kerana kami juga sebahagian daripada punca masalah ini,” kata ibu Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin.
Wanita berusia 50 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Yah berkata, hati dia dan suami, Abd Aziz, 60, cukup terguris apabila ada pihak tergamak mendoakan kematian Mohd Ashraf seperti disebarkan melalui blog serta laman sosial di Internet.

“Ada yang menyebut lebih baik dia mati, tapi ambillah nyawa saya dan suami dulu,” katanya pada pertemuan di rumahnya di Kampung Telaga Daing dekat sini, semalam. Kelmarin, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika menolak permohonan Mohd Ashraf berkata, biarpun dia sudah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk mahkamah menerima permohonannya. Dengan nada sinis Mak Yah berkata, memang mudah melemparkan pelbagai tohmahan terhadap keluarganya, tetapi tiada siapa tahu penderitaan ditanggung mereka sekeluarga.

“Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat kami,” katanya yang mengakui dia dan suami amat tertekan dengan pandangan orang ramai yang menuduh mereka gagal menjadi ibu bapa yang baik.
“Kami sedih dengan tohmahan sesetengah pihak termasuk media apabila ada beranggapan kami membelakangkan Tuhan dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf menukar nama dan jantina dalam kad pengenalannya.

“Hakikatnya kami sekeluarga tidak pernah menyokong tindakannya dan amat terkejut bila dia membuat pembedahan menukar jantina sehingga kami pernah tidak mengakuinya anak,” katanya.
Mak Yah mengakui dia menyedari Mohd Ashraf memiliki ciri-ciri kewanitaan sejak bayi lagi, namun terkejut apabila anaknya melakukan pembedahan jantina pada 2009 dan ketika itu dia dan suami menunaikan haji di Makkah.
“Kami berada di Makkah mengerjakan haji ketika itu dan sepanjang pengetahuan kami, dia bekerja di Putrajaya,” katanya.

Menurutnya, Mohd Ashraf tidak memberitahu mereka mengenai ujian perubatan dan hormon dilakukannya di Pusat Perubatan Pantai di Kuala Lumpur dua tahun sebelum pembedahan itu.

“Disebabkan terlalu marah, kami bakar semua pakaiannya dan memberitahunya supaya jangan pulang ke rumah lagi, tetapi kami tahu dia kerap pulang, cuma bermalam di dalam keretanya tanpa masuk ke rumah,” katanya.
Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas tentera berkata, dia tidak mempunyai masalah mendisiplinkan anak, tetapi buntu menghadapi masalah membabitkan Mohd Ashraf.

“Adiknya pernah memotong rambutnya (Mohd Ashraf) seperti tentera, tetapi kami tetap melihatnya seperti seorang wanita, bezanya hanya rambut dia pendek.
“Saya menyedari kami perlu menangani masalah ini dan bukannya berterusan menafikannya kerana kami masih mempunyai Mohd Ashraf yang lama,” katanya.
Menurutnya, masalah itu mungkin boleh dielak jika dia mendapatkan pandangan pakar mengapa Mohd Ashraf tidak mempunyai karakter lelaki ketika membesar.
“Suaranya tidak berubah menjadi garau ketika dia meningkat remaja dan gayanya berjalan juga seperti wanita, tetapi ketika itu saya tidak terlintas akan timbul masalah lebih besar,” katanya Abdul Aziz berkata, jika kesilapan membesarkan anak menjadi punca Mohd Ashraf mahu menjadi wanita, dua anak angkatnya yang lebih tua sepatutnya menghadapi masalah sama.
“Anak angkat lelaki dan perempuan saya tidak mempunyai masalah, begitu juga adik lelaki dan perempuan Ashraf,” katanya.

Meskipun mendengar mengenai kewujudan fatwa oleh Jakim yang membenarkan seseorang yang jantinanya diragukan menjalani pembedahan pertukaran jantina, Abdul Aziz berkata, dia tidak pasti bagaimana perkara itu boleh dilakukan kerana tiada garis panduan.

“Keputusan ujian perubatan menunjukkan dia mempunyai lebih banyak hormon perempuan berbanding lelaki. Bolehkah fakta ini menyokong permohonannya? Saya harap perkara seperti ini dijelaskan dengan terperinci dan layak diberikan pertimbangan,” katanya.

Mohd Ashraf pula berkata, dia menerima keputusan Mahkamah Tinggi dan akan mengemukakan rayuan.
“Selagi ada ruang mengikut peruntukan undang-undang, saya akan merayu. Orang mungkin berharap saya diam terus atau mati, tetapi saya hanya mahu menjalani kehidupan yang aman,” katanya.

Lelaki Tukar Jantina Meninggal

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi Sabtu.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. BERNAMA. Sabtu Julai 30, 2011

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke university tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita. Sementara itu, bapanya berkata beliau telah dihubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung permohonan anaknya untuk ditempatkan di asrama wanita sekiranya permohonannya memasuki universiti tempatan, diterima.Katanya, perkara itu masih dalam pertimbangan kementerian berkenaan

Kuala Terengganu
Ref: Berita Harian.Metro.Mstar.


Fatwa :  Mufti Negeri Melaka

Kategori  : JENAZAH/KUBURAN
Tajuk : Mandi jenazah yg telah tukar jantina
Soalan  : Bagaimana hendak memandikan dan menyembahyangkan jenazah seseorang yang menukar jantina, samada mengikut jantina asal kejadiannya atau jantina pada ketika ia meninggal?

Jawapan  : Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam.

Perbuatan pembedahan orang lelaki atau perempuan untuk ditukar anggota jantinanya adalah haram di sisi syarak. Seorang yang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki walaupun dia berjaya ditukarkan jantinanya melalui pembedahan begitu juga sebaliknya. Seorang yang dilahirkan 'khunsa musykil' iaitu ada 2 alat kelamin lelaki dan perempuan, maka diharuskan pembedahan bagi mengekalkan salah satu jantina yang benar-benar berfungsi dan dapat digunakan. Oleh itu, masalah-masalah dan hukum-hukum yang bersabit dengan penukaran jantina seperti perkahwinan, kematian dan warisan dan sebagainya adalah didasarkan kepada jenis kejadian jantina asal seseorang. Sekiranya dia meninggal dunia maka mayatnya ditajhizkan menurut jantina asalnya.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Allahyarham dan ditempatkan di tempat orang yang beriman. ameen.

Serbu Gereja: JAIS Pertahan Tindakan, Siasatan 12 Individu Islam Diteruskan

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempertahankan tindakannya melakukan serbuan pada majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama Rabu lalu.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, pihaknya akan mengeluarkan laporan penuh mengenai serbuan tersebut selepas siasatan terhadap 12 orang Islam yang menghadiri majlis berkenaan selesai.

"Kita akan sediakan laporan nanti selepas siasatan selesai. Siasatan terhadap 12 orang berkenaan akan diteruskan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Selain itu Marzuki berharap isu serbuan berkenaan tidak dipolemikkan kerana ia dibuat demi menjaga kepentingan umat Islam.

"Kita harap perkara ini tidak dikontroversikan, tiada sebarang tangkapan sebaliknya hanya pemeriksaan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai gesaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan pihak berkuasa agama itu.

Abdul Khalid yang melahirkan kekesalannya berhubung insiden itu menyatakan kerajaan negeri memandang serius mengenai perkara itu dan mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat pelbagai agama selain menghargai usaha meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain.

Rabu lalu, penguat kuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.



Zizan Nin Mohon Doa Dikurniakan Anak


PETALING JAYA: Setelah berkahwin lebih setahun, pelakon Zizan Nin masih mendambakan kehadiran cahaya mata.

Pelakon yang baru selesai menjalani penggambaran filem Tanda Putera ini mengharapkan kemuliaan bulan Ramadan akan memberikan rezeki berupa anak kepadanya dan isteri, Fazilah Hani Harun.

“Saya dan isteri masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata tetapi nampaknya belum ada rezeki.

“Mungkin disebabkan masing-masing sibuk dengan komitmen kerja,” katanya yang ditemani oleh isteri semasa majlis berbuka puasa anjuran Aquila Emas di Hotel Federal Kuala Lumpur.

Jelas Zizan, jika berkesempatan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti, mereka akan berbulan madu ke Vietnam atau Kemboja.

“Saya jangka kami akan berbulan madu pada bulan Oktober depan. Mungkin dengan cara ini kami akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama.

“Sebelum ini, kami pernah ke Indonesia. Jadi, kali ini kami merancang mungkin akan ke Vietnam atau Kemboja,” ujarnya lagi yang buat kali kedua bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini di Kuala Lumpur bersama-sama keluarga isterinya.

Dalam perkembangan lain, Zizan juga akan melancarkan baju Melayu jenamanya sendiri di butik rakan perniagaannya, K-Maria di Kota Damansara di sini pada minggu hadapan.




“Saya tidak terlalu banyak memberikan sumbangan dari segi rekaan baju Melayu itu tetapi saya memilih kain mengikut cita rasa semasa.

“Idea untuk menjenamakan baju Melayu ini tercetus daripada permintaan semasa yang mana pakaian kebangsaan ini harus mempunyai banyak jenis untuk disesuaikan dengan pelbagai majlis,” tuturnya.

Harga baju Melayu tersebut dijual pada harga antara RM180 hingga RM250 sepasang.

Buat permulaan, Zizan akan memberi diskaun kepada para peminat yang berkunjung ke butik itu.

Butik itu juga turut menyediakan pakaian untuk wanita yang disediakan oleh rakan kongsinya. Tambah Zizan, kemungkinan selepas ini dia bakal mengeluarkan baju kemeja atas jenama sendiri.


Sembang Ramadhan

Al-kisah di ptg hari...

Seorang pendengar Radio Sinaran fm.. Sedang menelefon DJ tersebut di konti radio..
Pendengar : Hello radio sinaran fm?
Penyiar : Betul dengan siapa sy berckp ni?
Pendengar : Saya Azmi, boleh request tak ?
Penyiar : Boleh... Azmi mahu request apa ?
Pendengar : Tolong putarkan Azan Maghrib bang!! Dah lapar nih!



Daftar Sitemap

salam readers..
haa arini punyer la pening kepale den nak buat Cara membuat daftar isi/sitemap blog di blogger/blogspot:
1. Buat sebuah halaman posting baru, sebaiknya halaman statis (static page).
Dashboard > New Post/Edit Post > Edit Pages > Create New Page
2. Beri judul sesuka anda, misalnya: "Daftar Isi", "Table of Content", "Sitemap Blog", dan lain lain.
3. Pada bagian kanan kotak posting klik "Edit HTML".
4. Masukkan script berikut:

Ganti http://buka-rahasia.blogspot.com dengan url blog/website anda.
5. Jika ingin melihat hasilnya klik "preview/pratinjau".
6. Publish post.
7. Pasang link halaman tersebut ke link list blog, menu, atau di tempat yang diinginkan.
8. Done!

thanks!

رمضــان كريــم
!كـــل عــام وانتـــم بــخيــر

الحمد لله
شكور يا الهي
برتمو رمضان يع موليا

سلام رمضان المبارك كفد تمن-تمن درانتاو


Sekarang ini sedang buat apa?
A) Menunggu makanan disediakan di meja makan.
B) Menonton TV sambil menjeling jam.
C) Menghabiskan masa dengan berFacebook.
D) Tidur (harapannya bila bangun sudah masuk waktu berbuka)

^_^

Antara amalan yang dituntut dibulan barakah ini:
  • Menyegerakan berbuka puasa
  • Berbuka puasa dengan buah tamar atau juadah manis yang lain
  • Membaca doa sekurang-kurangnya : tafsiran : "Ya Allah, bagi engkaulah amalan puasaku ini, kepada engkau aku beriman dan dengan rezeki engkaulah aku berbuka"
  • Melambatkan bersahur kerana ada padanya berkat
  • Memperbanyakkan membaca al-quran, berzikir, berselawat, dan membuat amal kebajikan
  • Sentiasa bersedekah kepada fakir miskin dan anak-anak yang kurang bernasib baik
  • Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat
  • Mandi jubub lebih awal, sebelum masuknya waktu Subuh



Mari bersahur.mari berbuka.mari beribadat.mari selawat.mari berbuka.mari berteraweh.mari bertaubat.
*amalan




Ref : Indahnya Hidup Bersyariat keluaran Telaga Biru



BlogUpp!