MY PROFILE
imahsolehah
org ganu kiter* lahir 27mac87* stylish,solehah, sensitif,smile,sweet..:D

Saturday, August 20, 2011

Novel Ayu Emelda


Assalamualaikum & salam 1 malaysia
arini moh ler kite review novel Ayu Emelda. pasti best. imah belum pernah baca novelnya. tapi tengok pada penulisan blog dan sinopsis dibawah macam best sangat kan.  ^_^
ayu emelda ada saying this word ' rindu, kasih & cinta tapi sayangku merajuk...' muehehe.





Tajuk: Sayangku Merajuk
Penulis: Ayu Emelda
Penerbit: Alaf 21
Tarikh Terbit: 25 Apr 2011
Harga:RM21.00
Halaman: 512
Berat: 550 gram
ISBN: 978-983-124-648-1
*****

Sinopsis
BULAN MADU Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang... hati mana yang tak sengsara?

Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg! Sayangnya, pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!

Dendam Aireen bukan satu mainan. Dia tegar mengalihkan cinta pada lelaki lain. Biar Shahir merana... biar padan dengan muka dia!

Bagi Shahir pula, cintanya terhadap Aireen adalah yang pertama dan terakhir. Walaupun rajuk isterinya panjang berjela, dia tidak mungkin sesekali mengalah!

Mungkinkah kesabaran sebagai seorang suami akan kecundang jua akhirnya?



Tajuk: Cinta Kepala Batu
Penulis: Ayu Emelda
Penerbit: Alaf 21
Tarikh Terbit: 24 Dis 2009
Harga: RM 19.90
Halaman: ~512
ISBN: 978-983-124-473-9

*****



Sinopsis
PERTEMUAN Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara.

Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya.

Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya... cukuplah bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda.

Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanannya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora. Akhirnya, dia pasrah pada setiap kehilangan... dan ketentuan...


Tajuk: Kasih Dania
Penulis: Ayu Emelda
Penerbit: Alaf 21
Tarikh Terbit: 12 Jun 2007
Harga: RM 19.90
Halaman: ~508
Berat: 450 gram
ISBN: 978-983-124-298-8


Sinopsis
Karya yang sungguh romantik ini tentu membuai perasaan anda apabila watak-watak yang dicipta oleh Ayu Emelda berjaya menghidupkan suasana perjalanan cerita. Dania seorang gadis tomboy diminta untuk bernikah dengan Amir semata-mata untuk menyelamatkan keadaan. Amir tidak mahu terus didesak oleh keluarga untuk berumah tangga.

Perkahwinan mereka atas dasar tolong-menolong itu telah membawa perasaan kasih sayang dalam diri Dania. Namun, tidak bagi Amir. Pada masa yang sama, wujudnya orang ketiga yang membuatkan Amir jatuh cinta.

Bagaimana status perkahwinan Amir dengan Dania bila Maria cuba memenangi hati Amir? Tahukah keluarga Amir yang perkahwinan anak mereka itu hanyalah sementara? Berjayakah Maria berkahwin dengan Amir?

Semuanya terjawab dalam KASIH DANIA.




Tajuk: Lagu Rindu
Penulis: Ayu Emelda
Penerbit: Alaf 21
Tarikh Terbit: 16 Mei 2006
Harga: RM 17.00
Halaman: ~448
Berat: 400 gram
ISBN: 983-124-232-7


Sinopsis
Mulut cakap tak mahu... tak redha dan tak sanggup! Tapi Adalea dan Aqmal disatukan jua. Perkahwinan mereka hanya pada nama. Sedangkan hakikatnya, Adalea pandang kiri dan Aqmal toleh kanan...

Aqmal amat mencintai Puteri Adalea tetapi dalam masa yang sama kasihnya sentiasa ditagih oleh Sofea. Gelagat Sofea membuatkan kasih Adalea kepada Aqmal sedikit malap.

"Aku takut sebenarnya. Takut seandainya kasihku terputus di tengah jalan. Khuatir, jika sayang Aqmal berpaling kepada insan lain setelah seluruh perasaanku menjadi miliknya. Bimbang, andai cinta beralih arah tatkala kuserahkan seluruh jasadku kepadanya." ~ Alea

Perlukah Adalea memberi peluang kedua kepada Aqmal setelah dirinya dipersiakan? Bagaimana Aqmal menangani masalah cintanya terhadap Adalea sedangkan Sofea masih mengharapkannya hingga ke hujung nyawa?


hello. insyaallah, novel-novel diatas akan imah baca dan beli satu masa nanti. tunggu i have much and more money kot. ekeke *-*
kawan2 peminat novel ini dan novelis sekali, nak baca penulisan beliau? :) tengok sini dear..ayuemelda

Aku Tanpa Cinta-Mu ~ Mirwana

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku...

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya...

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku...

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih...


syahdunya,

Wall Clock Decoration

Assalamualaikum all..
Selamat pagi Sabtu dan selamat bercuti di hujung minggu
siapa minat deco rumah?pasti semua minat kan. same too me.
but, nak cantikkan rumah need much and more money, right? tang tu la den lemah semangat..hampeh!hehehe
tadi imah survey satu kedai online at fb. cantik2 design2 nya taw. jom cuci mata. haha


pink yang aww...^_^

gorgeous!

my favorite!


green is damai...wuhuu

white...i loike this one...oh yeah!









nyum..nyum..hehee




romantik la room nie...please give me one more *-*




pinky again... nanana.

Price for each of them>
square frame-3 piece set
28cm x 28cm: RM 148
36.5cm x 36.5cm: RM 168
46cm x 46cm: 218
for happiness survey : naditech



Friday, August 19, 2011

lirik lagu maher zain FOR THE REST OF MYLIFE MALAY VERSION



Aku memuji Allah untuk menghantar kau cintaku

Anda mencari saya rumah dan belayar dengan saya

Dan aku `m sini dengan anda

Sekarang biarkan aku memberitahu anda

Anda `telah membuka hati saya

Saya selalu berfikir cinta itu salah

Tapi semuanya berubah ketika anda datang

OOOOO

Dan theres beberapa kata yang ingin saya katakan

Selama sisa hidup saya bersamamu

aku akan di sisi anda jujur dan benar

Hingga akhir waktu saya

aku akan mencintai anda. mencintaimu

Selama sisa hidup saya

Melalui hari dan malam

aku akan bersyukur kepada Allah untuk membuka mata saya

Sekarang dan selamanya

Aku akan berada di sana untuk anda

Aku tahu bahawa jauh dalam hatiku

Aku merasa sangat diberkati ketika aku teringat padamu

Dan saya meminta Allah untuk memberkati semua yang kita lakukan

Anda `kembali isteri saya dan teman saya dan kekuatan saya

Dan aku berdoa kita `kembali bersama-sama abadi

Sekarang saya menemukan diri saya begitu kuat

Semuanya berubah ketika anda datang

OOOO

Dan theres beberapa kata yang ingin saya katakan

Selama sisa hidup saya

I `ll bersamamu

Saya tingga

l `ll di sisi anda jujur dan benar

Hingga akhir waktu saya

aku akan mencintai anda. mencintaimu

Selama sisa hidup saya

Melalui hari dan malam

aku akan bersyukur kepada Allah untuk membuka mata saya

Sekarang dan selamanya

Aku akan berada di sana untuk anda

Aku tahu bahawa jauh di dalam hati saya sekarang bahawa anda `kembali di siniInfront aku sangat merasakan cinta

Dan aku tidak ragu

Dan aku menyanyi keras bahawa saya akan mencintaimu selamanya

Selama sisa hidup saya

saya akan bersamamu

Saya tinggal di sisi anda jujur dan benar

Hingga akhir waktu saya

aku akan akan mencintai2x

Selama sisa hidup saya

Melalui hari dan malam

aku akan bersyukur kepada Allah untuk membuka mata saya

Sekarang dan selamanya

Aku akan berada di sana untuk anda

Aku tahu bahawa jauh dalam hatiku

Thursday, August 18, 2011

Cara Mudah untuk Menghafal Muka Surat Setiap Juzuk Al-Quran

 
Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...



Monday, August 15, 2011

Checklist Ramadhan

 

Al-Hasan bin Abul Hasan al-Bishri berkata: “Sesungguhnya Allah azzawajalla menjadikan Ramadhan sebagai bahan ujian yang tersembunyi bagi seluruh makhluk-Nya. Semua orang sama berlumba-lumba, atau dahulu-mendahului untuk berbuat ketaatan kepada Allah (SWT). Kemudian ada golongan yang dapat mendahului golongan lain, merekalah orang-orang yang beruntung dan berjaya. Sedang golongan lain ada yang tertinggal di belakang dan mereka itulah orang-orang yang menyesal dan merasa mendapat kerugian yang besar. "

Rasulullah SAW memberitahu Aisyah doa apa yang perlu diminta bila diketemukan dengan Lailatul Qadar. “Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhibbul 'afwa, fa'fu 'anni." ( Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku). ~ Tazkirah YBhg. Dato' Dr. Harun Din

Check list kite:

-Sudahkah kita memanfaatkan sebaik-baiknya kehadiran bulan ramadhan yang penuh berkat ini?

-Sudahkah kita cuba sedaya upaya mencantikkan puasa kita?

-Sudahkan kita memastikan anak-isteri-suami dan seluruh keluarga kita sama-sama menikmati keberkatan Ramadhan ini?

-Sudahkah kita mencapai tahap minimum pembacaan al-Quran setiap hari? Jika standard kita ialah satu juzuk sehari, maka kini sepatutnya kita telah melebihi sepuluh juzuk.

-Sudahkan kita memastikan sunat-sunat puasa seperti bersahur disempurnakan?

-Sudahkah kita memastikan kita tetap istiqamah dengan solat tarawih dan berazam untuk meneruskannya ke hujung Ramadhan?

-Sejauh manakah Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas?

* imah : "cheklist. hati ini masih kurang meminta dan bersujud padaNya. Allahu Akhbar. beri aku jalan siratulmustaqeem.. ameen"

selamat beribadah dan 'semoga bertaqwa' dalam erti kata yang sebenar. tata. salamualik. =)



BlogUpp!