MY PROFILE
imahsolehah
org ganu kiter* lahir 27mac87* stylish,solehah, sensitif,smile,sweet..:D

Friday, September 23, 2011

Novel Aisya Sofea


Akan datang! Drama bersiri di Astro Warna

Tajuk: Adam & Hawa
Penulis:  Aisya Sofea
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM19.90
Halaman: 512
ISBN :  983-124-216-5
****
* pinjam from my frenz at unvcty

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

My Review:
Cerita yang mendayu2, penantian Adam yang berpanjangan, memang tak dinafikan best.
Secara peribadi, kisah di masjidilharam tu banyak menyentuh perasaan saya.
=============================================================
==============================================


wajah lama


wajah baru

Mode: Happy Ending
Tajuk: Jendela Hati
Penulis:  Aisya Sofea
Penerbit:Alaf 21
Harga: RM14.00
Halaman: 344
ISBN :
*****
*imah collections

Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.

Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.

Benarkah 'ganti tikar' yang berlandaskan 'keterpaksaan' bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.

My Review:
Aku betul-betul terkesan baca buku ni. Walau nipis, tapi aku bebetul puas hati baca buku ni. Pendek dan padat. Satu part sehingga aku nangis tersedu-sedu sendirian.

Watak Farah sangat menonjol dan menghidupkan suasana bilamana dia cuba memenangi hati Lukman Hafizi dengan sepenuh hati supaya suaminya itu tidak lagi sedih atas pemergian kembarnya. Aku suka novel ni. Romantik sangat.

================================================================
========================================

Akan datang (Telefilm di Astro Warna)

Tajuk: Jauh
Penulis:  Aisya Sofea
Penerbit:
Harga:RM11.50
Halaman: 254
ISBN :
*****
* belum dibaca

Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar.

Meski telah padam, namun baranya masih ada. Masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh telah ditentukan.

Ika bertemu dengan Fikri ketika sedang membawa diri jauh di negara orang. Saat hati keliru diamuk resah, pertemuan tidak terduga dengan Fikri bagaikan satu mimpi indah.

"Aku mahu saja menangis kerana akhirnya membenarkan diri ini untuk menyayangi lelaki lain. Kasih sayang terhadap Fikri membuatkan tembok yang kubina selama ini roboh begitu saja..."

Bagai telah dijangka, hubungan singkat itu mendapat tentangan hebat daripada keluarga. Demi menjaga maruah, Ika terpaksa melupakan segalanya dan kembali ke alam nyata. Dia mesti membuang jauh-jauh lelaki yang pernah singgah di hatinya itu.


"Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar. Meski telah padam, namun baranya masih ada."

Tahun silih berganti. Bertahun berpisah dan tanpa terduga... takdir akhirnya mempertemukan mereka semula. Hubungan kasih kembali bertaut. Malangnya, hubungan murni itu sekali lagi mendapat rintangan.Apakah kali ini mereka sanggup meredah ranjau dan duri semata-mata kerana cinta ini? Antara keluarga dan cinta... kenyataan ini sesungguhnya terlalu perit, terlalu pahit. Namun, dia terpaksa menghadapinya! Terpaksa...!

Merupakan novel pertama Aisya Sofea, dicetak sejak 1997, tapi saya tak baca lagi..huhu.
===============================================================
======================================



Tajuk: Kau Untukku
Penulis:  Aisya Sofea
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM
Halaman: 
ISBN :
*****

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.

==========================================================
====================================


Tajuk: Sehangat Asmara
Penulis:  Aisya Sofea
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM19.90
Halaman: 560

ISBN : 983-837-036-3
******
* dibaca semasa di bangku sekolah menengah

SEHANGAT ASMARA Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.
Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....

myreview: novel ni memang terbaik. best. syahdu.

================================================
=======================


Tajuk : Gelora Jiwa
Pengarang : Aisya Sofea
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-182-0
Mukasurat : 416 Halaman
*belum dibaca

Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara.

Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata!

Siapa merampas dan siapa yang dirampas? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga.

Atas desakan keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat. Hanif Ashman satu mimpi. Hanif Azman pula satu realiti. Tapi mimpi itu juga yang sentiasa membayangi hidupnya. Ah, sukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang. Jadi, bagaimana?



0 comments:

BlogUpp!