Penulis : Fatimah Syarha Mohd. Noordin
Kod Katalog : TBBK 1072
Kod ISBN : 978-983-5102-03-5
HARGA : RM22.90 [tempah]
Novel ini mengisahkan seorang pemuda yang malang pada awal kehidupannya. Beliau bukan sahaja anak yatim, tetapi juga sering dipandang hina dan tidak berharga di mata penduduk kampung.
Namun begitu, berkat keyakinannya terhadap Islam yang dianutinya serta ilmu yang dipelajarinya, Syabab bangkit dari kesusahan hidup dan berusaha untuk memperbaiki taraf kehidupannya sehingga beliau berjaya mengetuai pemuda-pemuda di kampungnya berubah menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Malah, mereka yang membencinya juga kini mengasihinya.
PETIKAN NOVEL
"Saya tak layak menghuni Syam. Bumi ini sangat mulia, bakal dipijak oleh Imam Mahdi, imam yang dinanti-nanti." Syabab mengemukakan alasan kepada Syeikh Sobir.
"Sepatutnya kamu bercita-cita nak dekat dengannya." Syeikh Sobir tidak dapat menerima alasan kata-kata Syabab.
"Ya. Malah, saya berdoa layak menjadi tenteranya. Namun sekarang, saya perlu bersama bangsa saya. Siapa nak ingatkan mereka tentang fitnah akhir zaman?" Syabab mengemukakan hujah baru.
"Kamu tahu apa yang terjadi di Syria di akhir zaman?" Uji Syeikh Sobir.
"Bumi suci ini bakal diperintah oleh al-Sufyani, penguasa zalim. Dia akan hantar tentera ke Makkah untuk bunuh Imam Mahdi yang baru dibai'ah. Akhirnya, mereka ditelan bumi di al-Baida, satu tempat dekat dengan Madinah," jawab Syabab lancar.
Syabab mendapat maklumat itu daripada seorang Syeikh di Jami' Abdullah bin Rawahah. Syeikh Sobir mengangguk kemudiannya bertanya, "Lagi?"
Syabab menggelengkan kepala. Tidak banyak maklumat yang diketahui.
Syeikh Sobir lalu menambah, "Selepas itu, bangsa Rom masuk ke A'maq atau Dabiq, satu kawasan yang dekat dengan bandar Halb (Aleppo) Utara Syria. Bersempadan dengan Turki. Imam Mahdi dan tenteranya akan datang menumpaskan pencerobohan itu."
Maklumat itu menyebabkan Syabab terlopong. Dia bagaikan tidak percaya Bandar Halb pernah dijejaki kedua-dua kakinya.
"Allah memelihara Syria," ujar Syabab. Syeikh Sobir mengaminkan.
"Tahukah kamu? Dajjal sedang dirantai di Kepulauan di Laut Syria iaitu Laut Tengah atau Laut Yaman."
Mata Syabab terbeliak mendengar bicara Syeikh Sobir. Bulu romanya tegak berdiri.
"Betul?" Syabab minta kepastian, bukan kerana tidak percaya tapi lantaran terkejut.
"Perkara akhir zaman termasuk dalam perkara ghaib. Mana boleh bercakap dengan andaian akal sendiri. Mesti ada sandaran yang tepat. Hal ini ada dalam hadis sahih Muslim, Abu Daud dan at-Tirmizi. Ini hadis daripada Fatimah binti Qois r.a. Kamu harus baca hadis-hadis tentang akhir zaman. Dajjal muncul ketika kita lupa tentang kedahsyatan firnahnya." Peringatan Syeikh Sobir kedengaran tegas.
"Dari mana ia akan keluar?" Syabab berminat untuk mengetahui lebih lanjut. Bahasa Arabnya lancar.
"Dari Timur. Sama ada dari Khurasan atau Asfahan atau suatu tempat antara Iraq dan Syria. Riwayat ini tak bertentangan. Boleh jadi ia keluar dari Khurasan, mengumpul pengikut dari Yahudi Asfahan lalu masuk ke tempat antara Iraq dan Syria." Dada Syeikh SObir sarat dengan ilmu dan maklumat. Syabab kagum.
"Saya berlindung dengan Allah daripada menemuinya." Syabab berdoa.
"Ya. Rasulullah s.a.w. sendiri mengajar kita mohon dijauhkan daripadanya dalam doa selepas bacaan tahiyat akhir. Fitnahnya terlampau dahsyat. Hinggakan semua Nabi dari Adam sampai Muhammad disuruh mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Hanya sedikit yang dapat mempertahankan keimanan," ujar Syeikh Sobir serius.
"Bagaimana doa dalam tahiyat akhir tu?" Syabab melonjak inginkan kepastian.
"Oh, anak muda! Kasihan sekali. Kamu baru dengar tentang doa ini?" Syeikh Sobir geleng kepala.
Syabab diam. Dia bertanya bukan kerana tidak tahu tetapi untuk memastikan sama ada doa yang diamalkannya sama atau tidak dengan doa yang dimaksudkan oleh gurunya.
"Benarlah manusia makin lupa tentang bahaya Dajjal hingga kurang menyediakan diri untuk menghadapinya. Tapi kamu belum terlambat hai pemuda. Pastikan kamu mencari doa itu." Syeikh Sobir memberi tugasan.
"Syeikh, boleh betulkan bacaan saya kalau tersilap," pinta Syabab. Dia membaca doa yang pernah dihafaz saat itu juga.
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada seksa neraka Jahanam. AKu berlindung kepada-Mu daripada seksa kubur. Aku berlindung kepada-Mu daripada fintah Dajjal yang pembohong. Aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah hidup dan fitnah mati. AKu berlindung kepada-Mu daripada banyaknya dosa dan hutang. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejelekan fitnah kaya dan kejelekan fitnah fakir. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejelekan pendengaran, penglihatan, lisan dan hatiku. Aku berlindung kepada-Mu daripada dikembalikan kepada umur yang terlalu tua. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada mati dalam keadaan ingkar kepada agama-Mu."
"Jangan lupa juga baca dan hafaz sepuluh awal dan akhir surah al-Kahfi. Ada dalam hadis riwayat Muslim," pesan Syeikh SObir. Syabab lega kerana dia telah lama mengamalkannya. Lebih-lebih lagi, amalan itu daripada sumber yang sahih.
"Syeikh, Nabi Isa akan turun membunuh Dajjal kan?!" Syabab berminat berbual lanjut soal itu.
"Betul. Baginda akan turun di sisi Menara Putih sebelah Timur Damsyik, Syria. Rasulullah s.a.w. sebut dalam hadis riwayat Muslim. Imam al-Barzanji menyebut, setelah itu, selepas Zuhur, Baginda akan ke Baitul Maqdis. Di situ, Baginda menemui Imam Mahdi ketika solat Subuh, pagi kedua." Syeikh Sobir menarik nafas. Ada garis gelisah di wajahnya mengenangkan dahsyatnya peristiwa akhir zaman.
"Subhanallah! Syria benar-benar bumi berkat." Wajah Syabab penuh takjub. Syeikh Sobir mengharapkan pemuda itu berubah fikiran untuk tetap tinggal di Syria.
"Syeikh, peristiwa ini sangat penting. Saya perlu pulang memberi peringatan pada kaum saya." Demikian keyakinan Syabab, Syeikh Sobir tidak mampu lagi menghalang. Malah, dia memuji semangat pemuda itu.
"Pulanglah pemuda. Mungkin kamu lebih diperlukan di sana. Jangan lupa menghantar berita selalu ke Damsyik dengan e-mel. Damsyik akan mengenang dirimu." Kata-kata Syeikh Sobir membuatkan Syabab berasa amat terharu. Kolam matanya bergenang.
=========================================================
===========================
Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Kod Katalog : TBBK1049
Kod ISBN : 978-983-3494-69-9
HARGA : RM 29.90 [tempah]
Puas kurayu, puas kuseru, jawapanmu tetap yang dulu. Oh sukarnyamengajakmu! Namun, kasihku padamu cukup padu. Lantaran itu,Akukan terus menyerumu. Pada yang Satu. Ku-genggam kukuh suatu azimat, "Kita hanya penyeru, bukan penghukum."
Tautan Hati merupakan novel yang mengisahkan kehidupan gadis istimewa, Aisah Yusra yang sentiasa meletakkan dakwah Islamiah sebagai nadi kehidupannya. Ramai di antara rakan-rakannya yang tertarik dengan keperibadiannya yang tinggi.
Keistimewaan novel ini bukan sahaja terletak pada jalan ceritanya yang menarik tetapi juga kebolehan penulis untuk menerangkan isu-isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat kita seperti isu bertudung labuh, kaedah pergaulan di antara muhrim yang dituntut Islam, soal psikologi dan sebagainya.
Segala isu tersebut telah berjaya disampaikan dengan penuh hikmah dan anda yang membacanya pasti tersenyum puas setelah selesai membaca novel ini.
=======================================================
===============================
Penulis : Dr Farhan Hadi
Kod Buku : TBBK1138
Kod ISBN : 978-967-5102-76-9
Harga : RM23.00 [tempah]
Sinopsis Ringkas
Cerita ini mengisahkan tentang seorang doktor pelatih(HO). Dr.Muslih,yang cuba memperjuangkan syariat di hospital. Dia bukan sahaja ingin merawat pesakitnya daripada penyakit fizikal tetapi juga dia ingin merawat penyakit rohani pesakit-pesakit di hospital (doktor + da'ei)
Ketika mula bertugas sebagai HO, dia terpaksa berdepan dengan pelbagai ragam pesakit dan staf-staf di hospital. Antaranya:
1. penggunaan clexane(sejenis ubat mencairkan darah yang megandungi protein khinzir) secara berleluasa di hospital menyebabkan dia rasa begitu kecewa dengan protokol yang dikeluarkan hospital dan bagi dia, kalau bukan doktor muslim, siapa lagi yang akan ambil berat tentang sensitiviti agama pesakit-pesakit muslim. Dr. Muslih berusaha untuk
membawa isu ini kepada pihak atasan. Setelah banyak kali usaha yang di lakukan, akhirnya pihak hospital memutuskan untuk pesakit beragama islam,heparin akan diberikan menggantikan clexane.
2.kemudian, dia berhadapan pula dengan ragam mat rempit...Dia tahu,untuk mendekati golongan ini bukan mudah. Mereka perlu di didik bukan dicemuh. Dengan pendekatan dan nasihat Dr.muslih yang penuh berhikmah sekali, dia berjaya memberi keinsafan kepada mat-mat rempit ini untuk kembali ke pangkal jalan.
3.Selepas itu,dia berhadapan pula dengan pesakit yang kemalangan kerana minum arak. Dia bermonolog dengan dirinya dan merasa bersyukur kerana Islam mengharamkan arak kepada umatnya kerana arak boleh memudaratkn kesihatan dan menghilangkan kewarasan akal.
4.Selepas itu, dia berhadapan pula dengan pesakit yang didera oleh suaminya.
5.Selepas itu,dia merawat pesakit yang merupakan penagih dadah(En.Misman) yang mengalami pembengkakan pada pangkal paha kiri kerana uratnya telah rosak. Seperti biasa, hati Dr.muslih membuak-buak untuk mmberi kata-kata nasiht kepada En. Misman. En. Misman berjanji untuk tidak mnghisap dadah dan mulakan hidup baru.
6.Dr.muslih berhadapan pula dengan pesakitnya yang merupakan seorang remaja perempuan yang terpaksa di hantarkan ke hospital kerana terlebih menelan panadol kerana kecewa degan cinta monyet. huhu..cinta itu buta.
7.Berhadapn dengan karenah waris pesakit. Masa ini memang memberi tekanan yang kuatla buat dia kerana dia terpaksa berhadapan dengan timbalan pengarah hospital kerana dituduh lambat memberi rawatan kepada pesakit. Padahal bagi dia, pesakit yang perlukan rawatan segera perlu diberi keutamaan. Sabar dan redho menerima tuduhan itu dan terpaksa terima hukuman walaupun perbuatn dia itu betul.
8.Dia juga tidak terlepas berhadapn dengan pelbagai kerenah sahabat seangkatan dengannya (Dr. Neezam dan Dr. Nazir) yang sedikit jahil tentang agama ini. Tetapi hasil nasihat dan usrah ini juga Dr. Muslih memperkenalkan sahabtnya pada seorang ustaz yang juga menjadi orang tengah antara Dr. Muslih dan tunangnya (Qani;ah) dan akhirnya sahabat dia ini semakin bersemangat untuk mendalami agama.
Pernah satu hari, seorang HO perempuan ini menangis kerana dimarahi oleh seorg MO. Sudah menjadi adat sepanjang menjadi HO ni, memang memerlukan kekuatan mental, fizikal dan rohani. Perlu biasakan diri apabila dimarahi..huhu..MO dalam cerita ini garang-garang, lagi2 MO perempuan..hmm..
Doktor ini juga pernah menasihati beberapa orang pesakit yang tidak menunaikan solat. Alasan yang diberikn pesakit, sakit, jadi tidak perlu solat. Disebabkan rasa tanggungjawabnya sebagai seorang muslim, dia menasihati pesakit tersebut agar tidak meninggalkan solat dalam apa jua keadaan dan mengajar pesakitnya cara solat ketika keadaan sakit.
Masa ini ilmu yang kita semua dapat dalam halaqah boleh dipraktikkan.
Dr. ini juga sudah bertunang. Tetapi dia tidak pernah menatap wajah tunangnya. Dia kenal tunang dia ini melalui ustaz. Macam-macamla orang cerita pasal tunang dia ni. Ade yang cakap, tunang dia ini bersaiz XL dan lebih tua dariny. Tetapi Dr. Muslih tidak kisah semua itu yang penting baginya, perempuan itu memiliki agama.. Tidak kisahla fizikalnya macam mane. (susah kan nak jumpa lelaki macam ni,hehe).Dan apa yang mengkagumkan lagi mengenai doktor ini. Sepanjang pertunangan mereka jarang-jarang dan tidak pernah keluar langsung, keluar atau berhubungan antara satu sama lain kecuali kalau benda yang begitu penting sahaja. Itu pun malu-malu nak hubungi (bagus,respect both of them)
Akhirnya mereka pun kawinlah. Segala sangkaan dia terhadap tunangnya salah. Isteriny sangat cantik dan lebih muda darinya. Betapa berkat, rahmatnya dan beruntung kalau mmilih perempuan kerana agamanya. Kemudian, mereka di kurniakan cahaya mata.harapan. Anak ini dapat menjadi ulama untuk memakmurkan alam ini suatu hari nanti. .ameen, semoga niat kita pun sama mcm ni..hehe..
0 comments:
Post a Comment