MY PROFILE
imahsolehah
org ganu kiter* lahir 27mac87* stylish,solehah, sensitif,smile,sweet..:D

Friday, September 23, 2011

Novel Hanni Ramsul


Tajuk Novel : Kuseru Rindu Itu
Karya : Hanni Ramsul
Penerbit : Kaki Novel
Terbitan : Sept 2011
Halaman : 730 mukasurat
Harga : RM26.00
Sabah/Sarawak : RM29
ISBN : 9789675067839



Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung. Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yang dicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorg anak lelaki yang cukup keletah. 


Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yg dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorg gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama Maisara.


Namun... satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi... dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.


Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dgn Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar2 dia cinta?






Tajuk Novel : Biarlah YM Berbicara
Karya : Hanni Ramsul
Penerbit : Kaki Novel
Terbitan : 2009
Halaman : 582 mukasurat
Harga : RM20.00
Sabah/Sarawak : RM23
ISBN : 9789675067839
582 mukasurat

Andai ada ingkar di hati, menepis wujud di sisi.
Andai bibir kelu untuk dihujani bicara indah pada kemarau hati...
Aku rela jemari menjadi pengganti menarikan irama indah cinta kita.
Biarkan saja YM yg terus berbicara..."
Abang Kamal…
Walau segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini.Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…

Encik Firdaus…
Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti, kerana, cinta memang tidak pernah wujud di hati ini.Dan, kalau bukan cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…

Charming…
Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…

Aku…
Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya, cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini…




Tajuk Novel : Pergilah Air Mata
Penulis: Hanni Ramsul
Cetakan Pertama 2010
Terbitan Kaki Novel
isbn: 9789675067372
RM28.00
Sabah/sarawak: RM31.00
858 mukasurat.


"Karya terbaharu penulis best-seller BIARLAH YM BERBICARA..."


"Akan kulepaskan jua air mata ini pergi... jauh... sejauhnya... sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu."


Badrul dan Sabrina diperangkap berada di dalam bilik yang sama berdua-duaan lalu terpaksa berkahwin setelah ditangkap basah. Tangkap basah lagi!!! Walaupun Badrul memprotes tetapi Datuk Hamidi berkeras untuk menutup malu memandangkan mereka adalah dari kalangan keluarga yang berada. Status Datuklah katakan. Berada di rumah agam Datuk Hamidi, Sabrina merasakan hidupnya telah musnah. Apatah lagi kebencian Badrul padanya dan caci maki Datin Hamidah menambahkan lagi rawan hati si Sabrina. Badrul pula membuat andaian bahawa Sabrina sengaja memerangkap dirinya untuk tujuan mengikis harta kekayaan keluarganya. Mujurlah Datuk Hamidi tidak menganggap begitu kepada Sabrina. Namun rahsia di sebalik musibah yang memerangkap mereka itu ialah berpunca dari kawan baik Sabrina sendiri. Lurusnya hati Sabrina sehingga tidak dapat meneka siapa lawan dan siapa kawan.

Badrul yang mempunyai kekasih hati nekad untuk berkahwin pula dengan Yana walaupun pada mulanya Yana tidak setuju. Yana seorang gila kerja dan akan mengutamakan kerjayanya dahulu berbanding yang lain-lain termasuklah Badrul. Tetapi setelah mendapat tahu Badrul telah berkahwin lain hatinya mula menggelabah. Perasaan ingin memiliki Badrul timbul di dalam hati. Ditambah pula Sabrina mengizinkan perkahwinan mereka berdua. Namun setelah berkahwin Yana masih mengutamakan kerja lebih dari segala-gala. Membuatkan Badrul kesunyian. Walaupun nyatanya mereka berkahwin tetapi jarang sekali untuk mereka bertemu dan menghabiskan masa bersama. Badrul kesunyian. Dalam masa yang sama kemarahan yang berapi-api untuk Sabrina sudah hilang entah ke mana. Terbit suatu perasaan halus yang sukar untuk dimengertikan di dalam hati Badrul untuk Sabrina. Sabrina bukanlah seorang gadis yang tidak cantik. Hanya Badrul saja yang sengaja membutakan mata hatinya untuk mendekati Sabrina.

Datin Hamidah rimas melihat menantu kesayangannya pergi balik kerja sehingga tak ingat dunia. Tak ingat rumahtangga. Makan pakai Badrul semua masih diuruskan oleh pembantu. Apabila Datin Hamidah menyarankan supaya Yana berhenti kerja, Yana mula melatah tidak mahu. Lama kelamaan Datin Hamidah mula dapat melihat akan keikhlasan hati Sabrina. Mula menyukai Sabrina. Mula menyayangi gadis yang dibencinya itu. Begitulah juga dengan Badrul.
Ketiadaan Yana di rumah sering membuatkan Badrul mula rapat dengan Sabrina. Perasaan halus itu mula bercambah menjadi sayang. Dan lama kelamaan baik Sabrina mahupun Badrul masing-masing sudah saling jatuh cinta. Lalu bagaimana dengan janji Badrul pada Yana untuk melepaskan Sabrina nanti? Kasihan Sabrina, tidak habis-habis terpaksa berkorban kebahagiaan sendiri demi untuk kebahagiaan orang lain.

.....................................................................................

Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula derita yang tidak bertepi.
Sumpah bukan ini yang aku mahu.
Sumpah juga, aku tidak mahu membuat kau terseksa.
Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu.
Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya.
Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini?
Mungkinkah kita sama-sama berkongsi rasa?
Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut?
Atau mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri?
Mungkin..kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang.
Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit
... SABRINA


Memang aku benci.
Memang aku tidak rela dengan takdir ini.
Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling ku benci ini?
Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan?
Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu?
Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu?
Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia.
Lalu, apa yang sebenarnya yang berlaku antara kita?
Bagaimana cara untuk aku hapuskan wajahmu yang terus menemani mimpiku?
Di mana noktahnya mainan perasaan ini
... BADRUL


0 comments:

BlogUpp!