MY PROFILE
imahsolehah
org ganu kiter* lahir 27mac87* stylish,solehah, sensitif,smile,sweet..:D

Sunday, August 28, 2011

Cinta Ibu, Cinta seputih Susu




Bismillah...

Cinta seputih susu. Cinta seputih susu sahabat..susu jernih yang memberimu nafas hidup ini! Tidakkah kamu teringat cinta Ibu mu terhadap mu. Biarpun kamu sulam cintanya dengan kedegilanmu..dengan tengking herdikmu..dengan kekasaran dan egomu!

Namun cinta itu tidak pernah berubah..malah tetap terpatri sekuatnya sehingga hembusan terakhir nafasnya! Begitulah cinta Ibu.....itulah Cinta yang dinaungi SYURGA dan awan firdaus..

Ingatkah kamu wahai sahabat kepada mereka yang telah menadahkan tangan hingga tidak mahu turun mendoakan kamu tapi kamu tidak sedikit pun terasa akan ‘cinta’ itu kerana tenggelam dibawah timbunan buku dan rangkulan kesibukan yang mengilakan kamu?

Wahai anak-anak yang hampir derhaka…

••► bilakah kali terakhir kita MENGHUBUNGI mereka?

••► Bilakah kali terakhir kamu MENDOAKAN mereka?

••► Bilakah kali terakhir kamu mengucapkan SAYANG kepada mereka?

••► Bilakah kali terakhir bertanyakan KESIHATAN mereka?

••► Bilakah kali terakhir kamu berjenaka dan menGEMBIRAkan mereka?

••► Bilakah kali terakhir kamu bersama mereka bercerita dan dia menjadi peminat setia dan menjadi konsultan kita?

••► Bilakah kali terakhir kamu CIUM mereka bersalaman untuk pulang?

••► Bilakah kali terkhir kamu MEMELUK erat tubuh mereka dengan getaran kebersamaan memahat cinta?

••►….dan bilakah kali terakhir kamu memeluk mereka dan mereka memeluk kamu dan tak mahu melepaskan seolah olah tidak membenarkan kamu pergi dari mereka?

Carilah JAWAPAN itu dalam lautan rasamu..jangan paksa hati mu menyayangi mereka kerana jika itu berlaku, kamu adalah ANAK DERHAKA!

Ingat sahabat…kita mencari REDHA mereka! Kerana redha illahi bersembunyi dibalik redha mereka.

Jangan biarkan mereka berduka kerana mereka adalah seorang Ibu..seorang Ibu bukan sembarangan Ibu kerana Ibu adalah diantara jambatan-jambatan yang perlu kita lintasi menuju syurgaNYA…mari kita memburu rindu..pada dia yang pernah kehilangan rindu kita..

umi, ma anakmu ini terlalu menyayangimu..selalu mendambakan kasih sayang darimu...luahkan lah sayangmu kepada ibumu sebelum kehadirannya diambil ALLAH kembali tanpa sempat kita megucapkannya.... 

sejuta cinta,


0 comments:

BlogUpp!