MY PROFILE
imahsolehah
org ganu kiter* lahir 27mac87* stylish,solehah, sensitif,smile,sweet..:D

Monday, August 29, 2011

Cerita Doktor dan Otak

Assalamualaikmu w.b.t

Kawan2..hye..celamat berpose ke-14..semoga sihat sokmo.

Ima ade story nih, bukan cerita sang kancil dan buaya tetapi kejadian benar. oke jome kite bace cerite ini.(^_^)

Cerita tentang seorang doktor,pakar pembedahan otak di Amerika Syarikat.Doktor ni pakar dalam pembedahan otak manusia.Bukan otak binatang atau yang sewaktu dengannya.Mungkin ada yang dah tahu tentang cerita ni.Jadi,kita kongsikan untuk orang yang masih belum tahu.

Bermula ceritanya. Alkisah. Doktor ni di katakan pakar sebab sudah 3000 otak manusia atau lebih yang di bedahnya.Tiba-tiba satu hari,terdetik dihati doktor ni nak mengkaji otak-otak manusia yang dia bedah tu.Mungkin doktor ni dah xdak kerja sangat dah rasanya.Boring duk tunggu orang nak bedah otak tak dak.Dia pun kaji punya kaji.Macam mana dia kaji pon tak tau la.Di ceritakan,dia akan ambik otak orang dah mati,dan dia kaji.Bila dia kaji,otak orang Amerika,orang negro,orang Yahudi,orang Mexico,dan banyak la lg otak yang dia kaji,akhirnya dia jumpa 1 benda yang sama pada semua otak-otak tu.Yang mana,1 bahagian kecil yang sama pada otak-otak tersebut darah tak sampai.Dia mula heran.Sebab yang dia belajar dulu,darah akan sampai ke semua bahagian otak.Bila dah jadi macam tu,dia tak puas hati.Dia kaji lg.Kaji dan kaji.Tapi keputusannya tetap sama,iaitu 1 bahagian kecil yang sama pada otak-otak tersebut darah tak sampai.

Disebabkan ketegaqnya doktor ni,dia tetap trus mengkaji.Dia mengeliling dunia untuk mengkaji otak dan mencari jawapan.Sampailah ke satu negara,tak tahu la pulak negara apa.Dia dapat lagi 1 otak untuk di kaji dari hospital negara tu.Kali ni,keputusan kajian dia berbeza.Setelah beratus-ratus otak,atau beribu-ribu otak yang dia kaji,otak ni lah yang pertama yang mana darah sampai kesemua bahagian.Dia pon mula terfikir otak siapa yang dia kaji.Apa kelainan tuan punya otak ni dari tuan punya otak yang lain.Jadi dia pon selidik latar belakang tuan punya otak ni.cari punya cari,selidik punya selidik,last-last dia jumpa milik siapa otak yang dia kaji tu.Rupa-rupanya otak tersebut milik seorang alim ulama di negara tersebut.Doktor ni pon jumpa la keluarga ulama tersebut.Tanya macam-macam la pa yang dia nak tanya.Ada 1 kebiasaan yang ulama ni selalu buat ketika bersolat.Tak kira solat fardhu atau solat sunat.Yang mana setiap kali sujud,ulama tersebut akan sujud dengan lama sekali.Itu di ceritakan oleh isteri ulama tersebut.

Akhirnya dia pun pulang setelah mengetahui cerita tentang tuan punya otak tu.Akan tetapi,dia masih tak faham,kenapa otak ulama tu sahaja yang darah sampai ke semua bahagian.Tak macam otak-otak yang lain,yang mana darah tak sampai ke 1 bahagian kecil di otak mereka.Jadi di pendekkan cerita,selepas doktor ni mencari jawapan,rupa-rupanya darah akan sampai ke 1 bahagia kecil otak tersebut hanya dengan bersujud.Dia mula terfikir,mungkin otak dia pun darah tak sampai jugak ke bahagian kecil otak dia tu sebab dia tak pernah pun bersujud.Tak habis dengan tu dia kaji.Dia jugak kaji,rupa-rupanya otak yang darah tak sampai ke bahagian kecil tu,orang-orang tersebut cenderung kepada ganas,kasar,lupa diri,tamak,menunjuk-nunjuk dan segala-galanya sikap yang di benci.Dan sebaliknya pada orang yang darah sampai kesemua bahagia otak dia seperti alim ulama tadi.Sebab otaklah yang mengawal badan dan perbuatan kita.Kan selalu orang kata,kalau nak buat apa-apa,guna otakAkhirnya,ALLAH telah memberikan hidayah kepada doktor tersebut memeluk agama islam.Dan di khabarkan sekarang,dia sedang menarik doktor-doktor pelatih di bawahnya kepada islam.Begitu hebat perancangan ALLAH.

Begitulah kisahnya.Rupa-rupanya ada hikmah kenapa kita di wajibkan bersolat dan dalam solat tersebut adanya sujud.Ketika sujud inilah kita merendahkan diri kita di tahap yang paling bawah sekali.Ketika sujud jugaklah,punggung kita lebih tinggi dari kepala kita.Jadi pesanan untuk siapa-siapa yang jarang-jarang sujud dan haram tak pernah sujud tu,fikir-fikirkanlah.Setiap apa yang ALLAH perintahkan kepada hambaNYA pasti ada hikmah di sebaliknya.

imah: " Sesungguhnya Allah Mengetahui Apa Yang Kita Tidak Mengetahui."

0 comments:

BlogUpp!