MY PROFILE
imahsolehah
org ganu kiter* lahir 27mac87* stylish,solehah, sensitif,smile,sweet..:D

Friday, September 16, 2011

Perkahwinan Idaman

Ramai yang telah merancang perkahwinan masing2 meskipun individu tersebut baru beranjak remaja. semuanya pasti akan membayangkan perkahwinan mereka akan diraikan dengan gilang gemilang kerana hari perkahwinan adalah hari yang penuh bersejarah buat diri kita dan insan tersayang.

Ada yang merancang, perkahwinan mereka perlulah ada tema, dengan environment yang mewah, nampak elegant serta bergaya. Kek yang bertingkat-tingkat, dilakukan di dalam dewan yang besar dan berhias, karpet merah terbentang dari pintu masuk hingga ke pelamin, pelaminnya pula besar, mewah, bergaya.. diiringi pula kanak2 kecik sebagai pembawa bunga, untuk memeriahkan majlis alasan si pengantin.

jemputan pula, bukan calang-calang orang, menteri2, dato', tan sri dan yang seangkatan dengannya.. bila jemputannya adalah orang yang berpengaruh, pastilah makanan yang disedikan juga bukan yang biasa-biasa. kita mesti buat tempahan di hotel, kata si pengantin..

Bila majlis yang besar begini diadakan, sudah tentu baju yang digunakan oleh pengantin bukan sembarangan baju. Dah majlis ni besar-besaran, kek bertingkat-tingkat, buat dalam dewan, pelamin pula sewa yang rm 3000++ punya, tak kanlah baju biasa2 je, malulah.. kata si pengantin.

Inilah yang berlaku pada pasangan yang ingin berkahwin pada zaman ini, walaupun tidak semuanya begitu. paling kurang pun, sebanyak 50ribu terbang dalam masa 3 hari je.( biasa kalau kawen, sampai 3 hari kan? hehe) selepas penat mencari duit selama bertahun-tahun, terpaksa mengikat perut dan kerja berhempas pulas semata-mata ingin menyimpan duit untuk kawin (itupun kalau tak mengharapkan duit mak bapa la) .. rasa2 korang, berbaloi tak?

kan lebih baik kalau perkahwinan ni dilakukan secara bersederhana sahaja. tidak perlulah mengeluarkan belanja sehingga berpuluh-puluh dan beratus ribu. simple dan senang. jimat dan tidak menyusahkan keluarga.


Impian perkahwinan saya............

kalau boleh, saya nak jemput saudara-mara dan teman2 yang terdekat je.. pastu, kalau dapat, nak sangat majlis perkahwinan tu nanti diraikan bersama anak-anak yatim.

Time perkahwinan pula, selalu orang buat aturcara sampai 3 hari, tapi tak penat ke nak senyum, berdandan, sedia makanan, layan tetamu dan macam2 lagi selama 3 hari.. mesti penat kan.. siang malam xde rehat langsung. saya lebih suka selepas nikah, buat kenduri kesyukuran dan majlis selesai. tak payah nak sanding2 sebab itu bukannya perkara wajib dalam perkahwinan, sanding hanyalah adat dari kaum hindu yang kini dah menjadi adat perkahwinan melayu pula. saya suka yang simple2 je.. tak payah penatkan orang lain nak buat pelamin, hiaskan rumah, layan tetamu.. kalau diri sendiri penat, xpe, tapi tak kesian ke orang lain terpaksa bersengkang mata semata-mata nak buat persediaan bagai. tak sampai hati la...

Then, lebih selesa kalau pakai baju kurung je.. mekap nipis supaya muka tak nampak pucat sangat. lagipun, kalau nak solat senang nak tanggalkan.. bayangkanlah kalau nak mekap tebal2 siap pakai bulu mata palsu, dah tiba time solat, nak kena remove mekap. pastu, kena mekap balik selama berjam-jam.. huu.. tak tahan den.. natural beauty lagi cantik sebenarnya.. kan..kan..kan.. :)

simple dan tidak menyusahkan lagi menjimatkan.. betul tak? kuno? hehe.. tak pe, saya tak kisah kalau korang nak kata saya kuno (sebab saya memang kuno) hehe.. tapi cuba korang bandingkan apa keburukan dan kebaikan kalau nak buat majlis besar-besaran? .. tak pe.. tak pe, tak payah pikir, biar saya bandingkan..

kebaikan majlis besar-besaran
- memanglah orang puji..
- jadi buah mulut orang, "wah, bertuah si tuuut, dapat kawin ngan anak orang kaya, majlis meletops!"


keburukan majlis besar-besaran
- banyak bazir duit
- menyusahkan keluarga untuk buat persiapan yang melampau
- memenatkan..
-menyusahkan pihak suami
dan yang paling buruk
-kadang-kadang, ada juga pengantin yang tak solat, dok sibuk layan tetamu siap posing sana-sini ambik gambar.

erm, kepada sesiapa yang belum berkahwin, fikir-fikirkanlah ye.. jangan nanti dah siap kawin, hutang keliling pinggang, suami pula yang menanggungnya. tak kesian ke?.. tapi pada zaman sekarang ni, banyak ibu bapa yang campur tangan dalam urusan perkahwinan anak2. Anak si abu buat majlis meletops, anak aku mestilah buat lagi meletopsz! .. kalau terkena situasi yang begini, memang susah juga la.. kan.. walaupun anak dah plan, tak nak buat majlis besar-besaran, tapi ibu bapa plan lain, tak ikut kata kang merajuk pula mereka.. kecik hati mereka. tapi, anak2 cubalah berikan alasan rasionalnya majlis yang sederhana kepada ibu bapa. InsyaAllah, mereka faham.

Dan inilah dia impian perkahwinan yang saya idamkan. walaupun lama lagi kot nak kahwin.. hehe.. tapi kita tak tahu bila jodoh tu sampai, kot2, esok, lusa, kita tak tahu.. Semua tu urusan Allah. Rajin-rajinlah berdoa pada Allah agar ditemukan kita dengan jodoh yang baik, insan yang boleh mendekatkan lagi diri kita pada-Nya. Amin.. :-)




0 comments:

BlogUpp!