arini moh ler kite review novel Ayu Emelda. pasti best. imah belum pernah baca novelnya. tapi tengok pada penulisan blog dan sinopsis dibawah macam best sangat kan. ^_^
ayu emelda ada saying this word ' rindu, kasih & cinta tapi sayangku merajuk...' muehehe.
Tajuk: Sayangku Merajuk
Penulis: Ayu Emelda
Penerbit: Alaf 21
Tarikh Terbit: 25 Apr 2011
Harga:RM21.00
Halaman: 512
Berat: 550 gram
ISBN: 978-983-124-648-1
*****
Sinopsis
BULAN MADU Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang... hati mana yang tak sengsara?
Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg! Sayangnya, pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!
Dendam Aireen bukan satu mainan. Dia tegar mengalihkan cinta pada lelaki lain. Biar Shahir merana... biar padan dengan muka dia!
Bagi Shahir pula, cintanya terhadap Aireen adalah yang pertama dan terakhir. Walaupun rajuk isterinya panjang berjela, dia tidak mungkin sesekali mengalah!
Mungkinkah kesabaran sebagai seorang suami akan kecundang jua akhirnya?
Tajuk: Cinta Kepala Batu
Penulis: Ayu Emelda
Penerbit: Alaf 21
Tarikh Terbit: 24 Dis 2009
Harga: RM 19.90
Halaman: ~512
ISBN: 978-983-124-473-9
*****
Sinopsis
PERTEMUAN Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara.
Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya.
Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya... cukuplah bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda.
Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanannya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora. Akhirnya, dia pasrah pada setiap kehilangan... dan ketentuan...
Tajuk: Kasih Dania
Penulis: Ayu Emelda
Penerbit: Alaf 21
Tarikh Terbit: 12 Jun 2007
Harga: RM 19.90
Halaman: ~508
Berat: 450 gram
ISBN: 978-983-124-298-8
Sinopsis
Karya yang sungguh romantik ini tentu membuai perasaan anda apabila watak-watak yang dicipta oleh Ayu Emelda berjaya menghidupkan suasana perjalanan cerita. Dania seorang gadis tomboy diminta untuk bernikah dengan Amir semata-mata untuk menyelamatkan keadaan. Amir tidak mahu terus didesak oleh keluarga untuk berumah tangga.
Perkahwinan mereka atas dasar tolong-menolong itu telah membawa perasaan kasih sayang dalam diri Dania. Namun, tidak bagi Amir. Pada masa yang sama, wujudnya orang ketiga yang membuatkan Amir jatuh cinta.
Bagaimana status perkahwinan Amir dengan Dania bila Maria cuba memenangi hati Amir? Tahukah keluarga Amir yang perkahwinan anak mereka itu hanyalah sementara? Berjayakah Maria berkahwin dengan Amir?
Semuanya terjawab dalam KASIH DANIA.
Tajuk: Lagu Rindu
Penulis: Ayu Emelda
Penerbit: Alaf 21
Tarikh Terbit: 16 Mei 2006
Harga: RM 17.00
Halaman: ~448
Berat: 400 gram
ISBN: 983-124-232-7
Sinopsis
Mulut cakap tak mahu... tak redha dan tak sanggup! Tapi Adalea dan Aqmal disatukan jua. Perkahwinan mereka hanya pada nama. Sedangkan hakikatnya, Adalea pandang kiri dan Aqmal toleh kanan...
Aqmal amat mencintai Puteri Adalea tetapi dalam masa yang sama kasihnya sentiasa ditagih oleh Sofea. Gelagat Sofea membuatkan kasih Adalea kepada Aqmal sedikit malap.
"Aku takut sebenarnya. Takut seandainya kasihku terputus di tengah jalan. Khuatir, jika sayang Aqmal berpaling kepada insan lain setelah seluruh perasaanku menjadi miliknya. Bimbang, andai cinta beralih arah tatkala kuserahkan seluruh jasadku kepadanya." ~ Alea
Perlukah Adalea memberi peluang kedua kepada Aqmal setelah dirinya dipersiakan? Bagaimana Aqmal menangani masalah cintanya terhadap Adalea sedangkan Sofea masih mengharapkannya hingga ke hujung nyawa?
hello. insyaallah, novel-novel diatas akan imah baca dan beli satu masa nanti. tunggu i have much and more money kot. ekeke *-*
kawan2 peminat novel ini dan novelis sekali, nak baca penulisan beliau? :) tengok sini dear..ayuemelda
0 comments:
Post a Comment